Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 5, 2023 @ 2:45pm

Ziana Zain Kecewa Blogger Buat Berita Kelirukan Pembaca – “Saya Betul-Betul Marah, Macam Mana Boleh Keluar Cerita Macam Ini?”

Penyanyi popular, Ziana Zain meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila terdapat sebuah blogger hiburan yang memutar belitkan kenyataanya mengenai berita dia sudah memaafkan bekas suaminya, Armin Zaharin, seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Maafkan, Ziana Zain Tak Mahu Putuskan Hubungan Anak Bersama Bekas Suami – “Saya Tak Nak Mereka Derhaka”

Ziana turut memberitahu dia menerima banyak panggilan daripada ahli keluarga dan kenalan sebaik sahaja blog tersebut membuat perkongsian.

Ternyata berita tersebut sedikit sebanyak memberi kesan terhadapnya dan menimbulkan kekeliruan terhadap pembaca termasuk keluarga dan kenalan.

“Saya sebenarnya takut, apa yang saya cakap tapi lain yang ditulis. Sibuk semua orang hubungi saya. Awal pagi ada yang hubungi saya bertanyakan ‘betul ke dah berbaik semula?’ (dengan bekas suami) seperti yang dilaporkan blogger tersebut.

“Saya terkejut, macam mana boleh keluar cerita macam ini?

“Saya marah sebenarnya, saya sangat kecewa bila ditulis begitu, saya pun tidak tahu blogger mana yang tulis. Saya sebenarnya tak suka marah tapi perkara ini buat saya betul-betul marah,” luahnya kepada XTRA.

Ziana ditemui pemberita pada sesi bersama media sempena Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur, semalam.

Tambah pelantun lagu Putus Terpaksa itu lagi, dia memohon kenyataannya tidak diputar belit bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

“Jangan tulis apa yang saya tak cerita. Sebab saya ada anak-anak, nanti kalau anak saya tanya, saya nak jawab apa?

“Jangan pusing cerita. Kita masih dalam bulan Ramadan, ada yang beri sokongan, ada yang sebaliknya. Apa yang saya boleh katakan, sekarang, Alhamdulillah.

“Dua tiga hari ini saya kena menjawab beberapa panggilan (perkara tersebut),” katanya.

Terdahulu, Ziana memaklumkan kepada media bahawa dia sudah memaafkan bekas suaminya itu dan juga tidak menyimpan dendam sebaliknya mahu hubungan bapa dan anak-anaknya itu kekal baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah Maafkan, Ziana Zain Tak Mahu Putuskan Hubungan Anak Bersama Bekas Suami – “Saya Tak Nak Mereka Derhaka”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Jul 2021
Trending Wed, 20 Apr 2022

“Beraya Dengan Dia Masa Susah Tu Paling Saya Ingat” – Shuib Menangis Terkenang Memori Ramadan & Raya Bersama Arwah Siti Sarah

Shuib masih sukar melupakan kenangan bersama arwah isteri kerana sering melakukan aktiviti bersama-sama.

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!望再创高峰

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!欢庆「精彩三年」展开一系列促销活动回馈顾客。

Featured Wed, 13 Aug 2025
Hiburan Sun, 21 Oct 2018

Auwww…Hati Kak Lina Pom Pom Dah Dimiliki

Ramai netizen yang gembira dengan khabar terbaru ini dan berharap hubungan Kak Lina Pom Pom bersama jejaka misteri ini bahagia seterusnya ke jinjang pelamin. Insya Allah…

error: Content is protected !!