Hiburan By: Fatin Nurain April 6, 2023 @ 9:14am

Nabila Razali Tak Kisah Digelar ‘Ratu Gimik’, Hanya Ketengahkan Kelainan Dalam Promosi – “Saya Dah Terangkan Berkali-Kali”

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menyatakan dirinya tidak kisah sekiranya digelar sebagai ‘Ratu Gimik’ dek kerana kreativitinya dalam mepromosikan setiap karya terbaharunya.

Menurut Nabila, dia perlu menjadi lebih kreatif agar dapat mewujudkan rasa teruja dalam kalangan peminat yang menantikan lagu baharunya.

Malah, dia juga berharap agar orang ramai tahu membezakan di antara teaser dan gimik memandangkan kedua-duanya adalah berbeza.

“Orang kena tahu membezakan antara gimik dan ‘teaser’. Saya sudah cuba terangkan berkali-kali sebelum ini. Gimik dan ‘teaser’ ada perbezaannya.

“Saya tegaskan apa yang saya lakukan sebelum ini lebih kepada ‘teaser’ dan bukannya gimik,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Nabila ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Universal Music Bersama Anak Yatim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Peluang Kedua itu juga menyatakan dirinya tidak berkecil hati langsung dengan gelaran yang diberikan memandangkan dirinya tahu membezakan baik buruknya.

Biarpun sering dikecam dan dikritik, perkara itu tidak mematahkan semangat Nabila untuk terus menjadi kreatif dalam mengetengahkan cara kreatif dalam mempromosikan lagu-lagu baharunya.

“Selagi saya ada dalam industri ini, saya akan cuba untuk berkarya dengan sehabis kreatif. Saya tidak mahu hanya buat promosi biasa-biasa sahaja.

“Contohnya kalau saya nak mempromosikan lagu, saya akan cakap, ‘hai semua saya ada lagu baharu dan dengarkan ya’.

“Mana ada orang nak layan promosi sebegitu. Penjual kereta pun akan buat pelbagai promosi untuk menarik minat pembeli.

“Jadi saya fikir, cara setiap artis mempromosikan lagu mereka berbeza-beza. Begitu juga dengan Nabila Razali. Tapi malangnya, ada segelintir orang di luar sana menganggap kalau libatkan saya, mesti akan ada gimik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyenyak Tidur Dalam Flight, Gelagat Nabila Razali Dikejut Pramugari Undang Tawa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Novel Kerana Cinta Itu Ada Laris Dijual, Nabila Razali Berhasrat Terbit Buku Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Kriteria Jejaka Pilihan, Nabila Razali Tak Kisah Jodoh Pilihan Keluarga – ” Kalau Ada Yang Mahu Kenal, Saya Okay Je”

ARTIKEL BERKAITAN: #ThrowbackXTRA: Nabila Razali Kongsi Dugaan Berpuasa Di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi Nabila Razali Dan Adi Priyo Jadi Hadiah Buat Peminat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 7 Nov 2019

Kakak Kurus-Kering Dipercayai Berlapar Semata-Mata Nak Simpan Duit Rawat Adik

Sayangnya dia pada adiknya.. Sanggup menahan lapar agar dapat merawat sakit adiknya

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Malcolm Young Meninggal Dunia

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan

Featured Wed, 7 Sep 2022

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber Bros Gang TV nafi sengaja eskploitasi pendedahan ‘berani mati’ Puteri Balqis

Hiburan Thu, 14 Nov 2019