Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 6, 2023 @ 3:35pm

Pengakhiran Menyayat Hati, Episod Akhir Drama Jaga Aku Selamanya Terima Respons Positif

Drama rantaian Jaga Aku Selamanya yang bersiaran di TV3 menerusi slot Lestary telah pun melabuhkan tirainya, semalam.

Sering meraih komen dan sambutan yang luar biasa, drama ini juga turut meninggalkan impak yang besar dalam kalangan penonton setianya.

Dalam episod terakhir semalam, babak yang paling menyayat hati dan menyentuh kalbu penonton apabila Yeye lakonan Putri Iesya dan Adi yang dilakonkan oleh Dzul Hadziq terpaksa berjauhan selepas menempuhi pelbagai cabaran bersama.

Dalam episod tersebut juga ia berakhir dengan pertemuan mereka sekeluarga di kubur arwah abangnya, Azhar yang dilakonkan oleh Baqir Jamalullail.

ARTIKEL BERKAITAN: Di Sebalik Watak: Baqir Jamalullail Sebagai Azhar dalam ‘Jaga Aku Selamanya’

Menerusi video yang tular di TikTok, salah seorang penonton setia drama tersebut telah berkongsi pengajaran yang diperoleh dari naskhah itu.

“For me, selain Azhar, Adi adalah insan paling derita sebab dia sorang je tertinggal dekat rumah anak yatim while tengok yang lain diadikan anak angkat.

“Yang paling selfish dalam siblings dorang is Mia. Konon taknak adik? dia ditangkap tapi dia lah punca dorang semua hidup dekat jalanan. Lupa dah segala pesan mak lupa dah adik?

“Mak dorang tayah cakap la dari awal troublesome. Korang pulak rasa sapa? Betul kan Mia paling selfish dalam adik beradik dorang?,” tulisnya.

@carameloreochip For me, selain Azhar, Adi adalah insan paling derita sebab dia sorang je tertinggal dekat rumah anak yatim while tengok yang lain dijadikan anak angkat. Yang paling selfish dalam siblings dorang is Mia. Konon taknak adik² dia ditangkap tapi dia lah punca dorang semua hidup dekat jalanan. Lupa dah segala pesan mak lupa dah adik². Mak dorang tayah cakap la dari awal troublesome. Korang pulak rasa sapa? Betul kan Mia paling selfish dlm adik beradik dorang? #jagaakuselamanya #jagaakuselamanyalastepisod #dramatv3 ♬ La Lecon Particuliere – Bof La Lecon Particuliere – Francis Lai & Christian Gaubert

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani dengan pelbagai respons dalam kalangan penonton.

Berdasarkan tinjauan XTRA, rata-rata peminat drama tersebut turut berpuas hati dengan pengakhiran kisah mereka lima beradik.

Selain Nadiya dan Baqir, drama arahan Wan Alauddin Wan Zainuddin bersama Rashidi Ishak ini telah dibintangi oleh Johan As’ari, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq, Putri Iesya, Hafiz Halim, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tunjuk Teaser Dah Sedih, Penonton Tak Sabar Nak Tengok Pengakhiran Drama Jaga Aku Selamanya! – “Harap Tak Menangislah Malam Ni”

ARTIKEL BERKAITAN: Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dikatakan Tak Logik, Nadiya Nisaa Dedah Buat Rujukan Sebelum Berlakon – “Ini Antara Cabaran Besar…”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Featured Sun, 17 Mar 2024

“What’s The Point Kahwin Ramai?” – Azhar Sulaiman

Haaa, kalau tau tak boleh beri komitmen jangan nak memandai kahwin tiga okay!🤣

Trending Wed, 20 Apr 2022

“Beraya Dengan Dia Masa Susah Tu Paling Saya Ingat” – Shuib Menangis Terkenang Memori Ramadan & Raya Bersama Arwah Siti Sarah

Shuib masih sukar melupakan kenangan bersama arwah isteri kerana sering melakukan aktiviti bersama-sama.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Anuar Zain Teringin Rakam Lagu ‘Korean Ballad’

Ada mana-mana komposer berminat tak? Mana tahu korang boleh cuba nasib.

Events Mon, 30 Mar 2020

[VIDEO] “Tak Pasal-Pasal Aku Digelar Diva Nanti” Nabila Huda Akui Takut Jalani Penggambaran?

Opss! Tapi apa yang Abil cakap tu betul. Tolong gais, stay safe!

error: Content is protected !!