Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 11, 2023 @ 4:32pm

Buat Agihan Makanan, Gelagat Aeril Zafrel Sakat Orang Melatah Undang Tawa – “Nasib Baik Tak Tercampak Nasi Tu”

Pelakon Aeril Zafrel tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagatnya menyakat orang awam dan gelandangan yang melatah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aeril dan isterinya, Wawa Zainal sedang membuat agihan makanan kepada orang awam untuk bersahur.

Dalam perkongsian tersebut, Aeril kelihatan ligat mengusik seorang wanita yang melatah ketika menghulurkan makanan kepadanya.

“Nasib baik tak tercampak nasi tu ek. Boss Aeril kalau menyakat orang nombor shatu (satu) tau dia,” tulisnya.

@w4wazainal Hahaha boss aeril kalau menyakat org no shatuuu tau dia 🤣 #wawazainal #aerilzafrel ♬ Funny Song – Cavendish Music

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagat spontan pelakon itu.

Malah, ada juga yang memuji sikap prihatin pasangan pelakon itu yang sudi membantu orang yang dalam kesusahan untuk bersahur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Emosi Pernah ‘Koyak’ Dikecam Netizen, Sharifah Rose Nasihat Jadi Pempengaruh Jiwa Kena Kental

Ingat tu, kalau rasa jiwa tak kenal simpan je lah impian nak jadi influencer hehe

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

error: Content is protected !!