Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 10, 2023 @ 2:03pm

Tidak Terlalu Selektif, Ruhainies Tak Mahu Penonton Muak – “Dua Atau Tiga Drama Saja Cukup”

Pelakon Ruhainies memaklumkan dia tidak terlalu memilih dalam mengambil sebarang tawaran lakonan sebaliknya mahu lebih tertumpu kepada keluarga.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia hanya menyasarkan dua atau tiga drama sahaja setiap tahun.

“Kali terakhir penampilan di televisyen (TV) adalah drama di Slot Akasia TV3 bersama pelakon Fadlan Hazim dan awal tahun ini sama juga hanya satu drama sahaja. Selalu awal tahun drama saya keluar. Saja nak bagi peminat rindu.

“Saya tak begitu memilih tapi saya sasar setiap tahun maksimum dua atau tiga drama sahaja saya buat. Kalau boleh tak nak lebih sebab saya nak bahagikan masa dengan keluarga. Banyak benda juga saya nak fokus.

“Dua atau tiga drama dalam setahun itu dah cukup. Ada yang terpaksa tapis mana karya yang sesuai denga saya, kena tengok juga lokasi penggambaran. Kalau di luar negara dan jadual saya tak kosong jadi saya memang takkan terima,” katanya kepada XTRA.

Pelakon drama Bintang itu juga tidak mahu penonton merasa bosan apabila wajahnya sering keluar di kaca televisyen (TV).

“Bila asyik muka saya sahaja keluar TV, orang rasa akan muak. Saya tak mahu nampak wajah saya di mana-mana sangat.

“Saya akan susun jadual dan perancangan projek-projek saya supaya tak nampak terlalu padat sangat.

“Satu drama pun ambil masa dalam tiga atau empat bulan, jadi bayangkan kalau saya buat empat atau lima drama dalam setahun, jadi saya tak ada sangat ‘lifestyle’ sendiri, masa dengan keluarga juga tak ada sebab terlalu sibuk sangat dengan penggambaran,” ujarnya.

Memulakan karier pada 2014, Ruhainies mengakui kerjayanya kini semakin stabil dan mahu lebih memanfaatkan masa bersama keluarga.

“Saya dah lapan tahun dalam industri, lima tahun pertama saya banyak fokus pada karier saya sehingga saya kurang luangkan masa bersama keluarga.

“Nama saya pun dah stabil jadi cukuplah sekadar itu sahaja, tak perlu struggle lagi dan saya dah mula seimbangkan keluarga dan kerjaya,” tutupnya.

Jangan lupa saksikan drama berjudul Bintang lakonan mantap Ruhainies dan Daniel Fong di Slot Lestary, TV3 bermula 6 April setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Featured Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Mon, 16 Jun 2025

Bukan Sekadar Penyeri! Marygrace, Zazzleen, Kai Deva Hangatkan Pentas Konsert Rossa ‘Here I Am’

Marygrace, Zazzleen & Kai Deva hangatkan pentas Konsert Rossa Here I Am

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

Penyanyi Rap Popular 90-an Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap 90-an, Nico meninggal dunia dalam tidur.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.

Trending Sun, 28 Jan 2018

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

error: Content is protected !!