Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 14, 2023 @ 9:30am

Kenali Watak-Watak Utama Yang Menyerikan Filem ‘Seindah Kasih’

Filem Tonton original terbaharu yang berjudul ‘Seindah Kasih’ memaparkan cabaran yang dialami oleh enam orang pengamal media.

Walaupun kesemua mereka bekerja di bawah bumbung Media Prima, masing-masing berhadapan dengan situasi yang berbeza.

Kenali personaliti watak-watak utama yang mewarnai filem ini.

#1 Nazmi (dilakonkan oleh Syafiq Kyle)

Nazmi merupakan seorang wartawan bahagian jenayah. Dia telah membina reputasinya sebagai seorang yang disegani walaupun dia baru berumur 27 tahun. Nazmi merupakan seorang yang bijak pandai. Melihat perkembangan kerjayanya, tidak hairan jika dia akan naik pangkat menjadi seorang editor sebelum usianya mencecah 40-an.

Namun, Nazmi mempunyai sifat angkuh dan tidak suka akan modernisasi dunia.

#2 Alia (dilakonkan oleh Mimi Lana)


Alia merupakan seorang kaki tangan REV Media Group di bawah bahagian digital. Dia seorang yang bijak dan profesional. Seiring dengan dunia kerjayanya, Alia juga seorang yang sentiasa peka dengan modernisasi. Tugas utamanya adalah untuk mengadaptasi artikel-artikel berita ke dalam betuk TikTok. Sifat amat disenangi ramai. Namun, Alia juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Dia terlalu yakin dengan kebolehan dirinya.

#3 Sharifah (dilakonkan oleh Siti Saleha)

Sharifah adalah seorang penerbit di bahagian televisyen. Wanita berusia 37 tahun ini amat berdedikasi terhadap kerjayanya. Dia sememangnya mahir dalam tugasnya dan sentiasa mencari kesempurnaan. Namun, dia juga banyak bergantung kepada pembantunya. Hidupnya menjadi rumit apabila pembantunya meletak jawatan.

#4 Nina (dilakonkan oleh Shasha Abedul)


Nina merupakan seorang yang masih muda. Dia berusia awal 20-an. Namun, seperti bosnya, dia juga memberikan dedikasi yang tinggi terhadap kerjanya. Keupayaannya melaksanakan tugas dengan baik dan efisien menjadikannya seorang pembantu peribadi idaman. Namun, Nina mempunyai cita-cita yang lebih tinggi.

#5 Jamal (dilakonkan oleh Anas Ridzuan)

Jamal adalah seorang DJ radio yang kelakar. Dia sememangnya suka melawak. Pada suatu masa dahulu, dia telah dikenali sebagai salah seorang daripada duo komedi. Jamal juga dikira sebagai otai dalam dunia hiburan. Walaupun dia sentiasa kelihatan ceria, dia sebenarnya memendam rasa kecewa dan marah terhadap pasangan komedinya yang terdahulu.

#6 Khairul (dilakonkan oleh Luqman Hafidz)

Khairul adalah seorang pelakon profesional. Dia telah membina populariti dan meraih kekayaan menerusi kerjayanya itu. Selain mempunyai rupa paras yang menawan, Khairul juga mempunyai personaliti yang ramah. Namun, dia tidak mengambil berat tentang perasaan bekas pasangan komedinya.

Cerita Apa? ‘Seindah Kasih’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sat, 22 Sep 2018

新加坡搞笑惊悚片《23:59猛鬼兵营》回来啦!

喜欢看恐怖又搞笑电影的爱好者请注意,新加坡票房冠军的搞笑恐怖片《23:59猛鬼兵营》回来啦!

Filem Mon, 18 May 2026

Trailer ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk, Ramai Akui Meremang!

Antara komen yang paling mencuri perhatian apabila ada netizen menyifatkan Polong sebagai filem yang wajib ditonton tahun ini. Malah, ramai juga mengakui trailer rasmi filem berkenaan sudah cukup membuatkan mereka rasa terganggu dan tidak senang duduk.

Filem Fri, 23 Feb 2024
Filem Thu, 14 Sep 2023
Filem Thu, 30 May 2019

《守百年之约》收视攀升创纪录!口碑和收视率双丰收

《守百年之约》开播至今,口碑和收视率双丰收,全国收看观众人数远远打破去年的《假面2》,为本地中文剧书写新的历史篇章!

Filem Wed, 3 Jan 2018

奇幻钜制《妖猫传》111全马隆重上映

中国古装奇幻片《妖猫传》将于1月11日全马隆重上映,绚丽奢华的场景与特效必定让观众们在视觉上感受一场极乐之宴。

Filem Wed, 27 Jun 2018

盛天俊陈子颖片场撒狗粮 原腾「睇到都眼怨」

八度空间全新中文穿越剧《守百年之约》如火如荼拍摄;情侣档Jordan盛天俊和Emily陈子颖片场不时撒狗粮,让原腾看了都忍不住说「睇到都眼怨」!

Filem Thu, 5 Sep 2019

一代接一代承袭的白族传统技艺!

中国白族人民的勤奋知足,让我们在这个时代依然能够看见传统手艺的盛放!只是这门传统技艺这并没有教科书可以学习,千年以来就靠着白族人民的双手一代接一代的承袭下来。

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

error: Content is protected !!