Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 17, 2023 @ 6:49pm

[VIDEO] Kata-Kata Amir Ahnaf Undang Pelbagai Reaksi Netizen, Ada Yang Kata ‘Cringe’

Tular sebuah video Twitter apabila seorang pelakon baru, Amir Ahnaf menjawab soalan yang ditanya oleh Amelia Henderseon dalam podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres itu.

Menerusi video tersebut, Amelia bertanya tentang apakah perkara yang paling ditakuti oleh Amir.


“I takut orang, sebab manusia ni sangatlah bijak, depan macam tu, dalam kita tak tahu. Semua orang boleh berlakon. Dunia ini adalah pentas, siapa pelakonnya?

“Selagi pentas ini berlegar, silalah berlakon. Berlakon sejauh mana yang kau mampu,” kata Amir dalam video tersebut.

Namun kenyataan itu mendatangkan pelbagai reaksi yang kurang senang dari netizen.

Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Amir kedengaran agak ‘cringe’ di halwa telinga mereka.

“The cringe was you all treat him like he invented the quotes.

“Why you all acting like it’s too deep,” kecam netizen di ruangan ‘quote tweet’.

Namun kenyataan tersebut hanyalah pendapat Amir yang hanya menjawab soalan Amelia.

Terdapat juga segelintir yang menyokong kenyataan Amir seolah-olah pelakon memahami perasaan golongan yang mempunyai masalah untuk bersosial.

“Betullah tu. Berapa ramai introvert yang terpaksa berlakon untuk jadi orang bersosial dan jaga hati rakan, berlakon jadi ramah untuk mendapatkan client, berlakon tak malu sebab nak puaskan hati semua orang. Balik rumah, energy drain dan taknak bercakap dah. Penat otak tiga hari.

“Betul apa yang dia cakap. Nak terlalu jujur dengan orang kadang-kadang orang tak suka. Kadang-kadang kita jujur, orang pula sebar aib. So better kita pilih berlakon supaya tak merosakkan environment orang lain, hati orang lain,” tulis netizen lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Oct 2022

“Jangan Ikut Ye, Mencarut Naik Flying Fox.. Lebih Baik Berselawat” – Netizen Label Ratu Over

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai mengenali Ratu Farah Diva yang sering memuat naik video ‘pick up lines’ dan tarian yang mencuit hati penonton. Menggunakan nama @ratufarahdiva di laman sosial tersebut, gadis berusia 27 tahun […]

Hiburan Mon, 16 Jun 2025

[VIDEO] Wajah Mulus Fazura Tanpa ‘Makeup’ Dipuji Jelita

Nur Fazura manis memakai jubah dan tudung serba hitam

Featured Mon, 21 Jul 2025
Trending Mon, 8 Feb 2021
Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Sat, 2 Mar 2024
error: Content is protected !!