Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 18, 2023 @ 4:24pm

Dakwa Shuhada Tabur Fitnah, Bapa Saudara Dedah Keselamatan & Kesihatan Hafidz Roshdi Sekeluarga Terkesan – “Semoga Kisah Hitam Jadi Iktibar”

Baru-baru ini, pelakon Hafidz Roshdi memuat naik sebuah hantaran yang menyatakan keadilan untuk dirinya dan keluarga berhubung krisis rumah tangga yang dialami olehnya bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Namun begitu, kenyataan tersebut dimuat naik oleh bapa saudara merangkap pengurus Hafidz yang dikenali sebagai Adlan menerusi kemaskini di Instagram.

Kata Adlan, dia mewakili Hafidz dan keluarganya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Dakwanya, kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan Hafidz sekeluarga terkesan akibat daripada fitnah yang dilemparkan oleh pihak Shuhada.

“Semoga kisah hitam di antara Hafidz Roshdi dan Shuhada menjadi iktibar kita semua.

“Saya Adlan mewakili Hafidz Roshdi dan keluarga akan bangkit demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kesan dari fitnah demi fitnah telah melumpuhkan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan mangsa iaitu Hafidz Roshdi dan keluarga. Maka, saya terpaksa meluangkan masa dan tindakan bagi memulihkan mereka diperingkat permulaan kes ini berlaku,” tulisnya.

Jelas Adlan, pihaknya telah memberi pelbagai nasihat dan pesanan kepada pihak Shuhada namun masih berdegil.

Malah, dia juga menyatakan objektif berbuat sedemikian adalah untuk membersihkan nama pelakon itu dan keluarga serta ingin menghapuskan sejarah hitam mereka yang tular di media sosial.

Walaubagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan oleh Adlan dan dia memuat naik entri terbaharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adlan (@adlan4739)

Terbaru, Shuhada memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan 10 minggu.

Malah, Shuhada turut mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalani rawatan depresi dan tekanan serta anak perempuannya, Humairah turut mendapatkan rawatan psikiatri.

Artikel Berkaitan: “Kuatlah Sayang” – Umum Hamil Anak Ke-3, Nurul Shuhada Risau Akan Bayi Akibat Alami Depresi

Artikel Berkaitan: “How Selfish They Are” – Nurul Shuhada Dedah Pola Tidur & Kesihatan Mental Anak Berterusan Kacau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

Events Thu, 5 Apr 2018

CJ WOW SHOP Sets New Sales Record During Biggest Home Shopping Carnival!

CJ WOW SHOP doubled their revenue in a single day.

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Wah… Ariff Jiwa bakal bergelar abang tak lama lagi!

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Jangan Ada Yang Hidung Tinggi, Ramai Penyanyi Baru Sudah Mula Lupa Diri” – Jadi Juri CSOIAM, Ziana Zain Mahu Kongsi Pengalaman

Demikian respons Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap OIAM.

error: Content is protected !!