Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 27, 2023 @ 2:02pm

Akibat Main Mercun Bola… Dahi & Tangan Naim Daniel Cedera, Kuku Pecah!

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel berkongsi foto dia mengalami kecederaan ringan akibat bermain mercun bola.

Menerusi perkongsian Naim di laman sosial Instagram, difahamkan kecederaan ringan tersebut terjadi gara gara dia tidak sempat untuk membaling mercun bola yang sudah dibakar dan mengakibatkan mercun bola tersebut meletup di tangan.

Selain kecederaan di dahi dan tapak tangan, bahagian hujung kuku Naim juga pecah.

Naim juga sempat memuat naik foto berserta kapsyen yang memberi amaran supaya pengikutnya tidak bermain mercun.

“Jangan main mercun bola please,” tulisnya di kapsyen.

Biarpun sudah mendapatkan rawatan di klinik dalam keadaan kepala dan tangan yang berbalut, Naim masih lagi sempat bermain dengan bunga api seolah-olah tiada apa yang berlaku dan ia mencuit hati netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen risau melihat keadaan Naim dan berpesan supaya penyanyi itu lebih berhati-hati.

“Tulah dah kata, main mercun bola nyala lighter, campak mercun. Tapi kamu nyala lighter, lepas tu dicampaknya lighter tu. Bergembiralah dengan mercun bola tu.

“Siaplah kena bebel sampai ke anak cucu awak nanti. Bukti kekal ada.

“Jatuh skate sampai lebam biji mata, accident kereta lepas tu selamatkan album Blackpink, mercun bola sampai berlubang dahi. Lepas ni apa Naim?” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Sat, 14 Mar 2026
Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Dakwaan Tak Endah Anak, Suami Lufya Jawab Tuduhan Netizen!

Dr Che Hafiz turut memuatnaik beberapa keping gambar dia dan anak di dalam mahkamah. 

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Dayang Sayang Peminat

Wah, hebat sungguh Dayang!

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Nana Kesian Dengan Khai Bahar?

Kalau dah jodoh, why not kan?

error: Content is protected !!