Euforia Bola 2026
#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain May 3, 2023 @ 5:51pm

#ThrowbackXTRA: Michael Ang Imbau Momen Pertama Kali Beraya Selepas Bergelar Mualaf

Umum tahu, pengarah dan penerbit Michael Ang telah memeluk Islam sejak lima tahun yang lalu, pada tahun 2018.

Biarpun dirinya tidak mengembar-gempurkan perkara berkenaan, pengarah terkenal yang berbangsa Cina itu akhirnya tampil memaklumkan kepada umum mengenai berita tersebut pada 2019.

Malah, setiap perkongsian Michael turut menjadi antara tarikan dalam kalangan warganet untuk mengetahui perkembangan semasanya sebagai Muslim.

Dalam segmen ThrowbackXTRA kali ini, Michael tampil berkongsi momen manis dirinya menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas bergelar seorang Mualaf.

Keluarga Cipta Memori Manis Di Aidilfitri Tahun Pertama

Menurut Michael, tahun pertamanya beraya sebagai seorang Mualaf adalah momen paling manis buatnya apabila seluruh ahli keluarganya bertungkus-lumus menyambut perayaan itu bersamanya.

“Momen raya yang paling saya ingat pada tahun pertama. Tahun pertama tu paling sweet lah. Masa tu first time raya sebagai Islam saya fikir saya seorang je dan saya pun tak suka ajak orang datang rumah.

“Hari tu mak saya call ajak saya datang ke rumah untuk makan tengah hari sempena hari raya pertama. Saya okay je la sebab lunch dengan keluarga. Sah-sah pakai seluar pendek dengan t-shirt biasa je.

“Bila pergi sana, abang-abang saya dan mak saya semua siap berbaju melayu. So mereka sambut saya dengan makanan macam rendang, lemang, ketupat semua ada,” katanya.

Tidak Kekok Berpuasa

Dalam pada itu, Michael juga sempat menyatakan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berpuasa ketika mula memeluk Islam.

“Sejak dah officially memeluk Islam, itu satu tuntutan agama kita untuk berpuasa. So, puasa tu sebenarnya bukan masalah besar untuk saya sebab saya memang jarang makan breakfast dan lunch. Saya hanya makan dinner dan itu rutin saya.

“Masa memula puasa ada lah tinggal beberapa hari bila masuk tahun kedua okay lagi. Tapi lepas saya buat pembedahan biatrik saya mengalami gerd so saya ada masalah sikit untuk berpuasa.

“Masalah gerd tu, saya bukan nak buat kefahaman sendiri tapi saya rasa Allah akan faham. Kita memang berniat nak puasa tapi ada hari gerd tu tetiba datang lebih-lebih lagi doktor baru beri ubat baru.

“Bila tengok lagi dua jam rasa rugi tapi kita cuba juga. Saya rasa Allah pun taknak biarkan umat dia dalam kesakitan. Ada sesetengah orang, dia boleh berpuasa walaupun dia gerd tapi setiap orang lain-lain tahap kesakitan dia,” jelasnya kepada XTRA.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini setiap hari Rabu hingga Jumat, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Hiburan Tue, 17 Oct 2023

“Biar Masa & Jodoh Menentukan…” – Shila Amzah Bakal Jumpa Ibu Selepas Isu ‘Panas’ Reda

Apa-apa yang jadi pun tetap ibu kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan Shila

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan

Menurut Ameera, bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

Featured Thu, 12 Feb 2026

Pertama Kali Sambut Ramadan Sebagai Isteri, Amira Othman Harap Dikurnia Kesihatan & Keberkatan – “Kita Kena Masak Sahur”

Amira Othman mengakui Ramadan kali ini cukup berbeza buat dirinya apabila pertama kali menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.

Featured Thu, 22 Feb 2024
Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Nak Simpan…Simpanlah, Saya Dah Move On – Zul Ariffin

“ Saya tak mahu tuduh sesiapa dalam hal ini. Apapun, saya sudah ‘move on’ (lupakan) dengan isu itu dan mahu lebih fokus kepada kerja. Baguslah kalau begitu, fokus kepada benda lebih berfaedah!

Trending Mon, 6 Jan 2020
error: Content is protected !!