Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 9, 2023 @ 7:04pm

“Saya Akan Berjumpa Dengan Keluarga Shikin Untuk…” – Cat Farish

Penyanyi Cat Farish mendedahkan dia kini sedang mengenali rapat dengan kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menurut Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, mereka mula rapat apabila sama-sama membuka gerai jualan di sebuah karnival baru-baru ini.

Malah anak-anak mereka saling serasi dan menerima kehadiran satu sama lain.

“Kami mula rapat dan berkenalan dengan lebih dekat pada penghujung Ramadan lalu ketika berniaga di karnival Starvendors.

“Kami selesa untuk berkenalan dengan lebih dekat apabila anak sulung, Nia Karlyssa yang rapat dan serasi dengan anak perempuan Shikin iaitu Arianna.

“Nia turut menerima kehadiran Shikin. Itu yang membuatkan saya terpikat serta ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Tambah anggota kumpulan Ruffedge itu lagi, dia juga berhasrat untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Umur saya bakal menginjak 50 tahun dan saya bukan remaja lagi hendak bercinta lama-lama. Jadi, saya akan berjumpa dengan keluarga Shikin untuk meminta kebenaran berkahwin.

“Sebaik keluarganya bersetuju, kami akan membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Kami tidak mahu terjerumus dengan dosa dan tidak mahu orang lain juga berdosa kerana memfitnah kami,” kongsinya.

Terdahulu tular mengenai perkongsian di mana Cat Farish menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan Shikin, Arianna Natasya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “#TakenByHer” – Lepas 4 Bulan Bercerai, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Sebelum ini, Cat mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai pada Januari lalu tanpa cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun berpisah pada April 2016. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014 tetapi bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.

Shikin kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun berpisah selepas dua tahun.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

‘Bukan Tak Nak Jumpa Mufti Tapi…’ – Safiey Ilias Tolak Jemputan ‘Mengeteh’?

Sudah diajak ‘mengeteh’, kenapa pula Safiey segan nak jumpa Mufti Wilayah Persekutuan?

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

LIFESTYLE Thu, 6 Dec 2018

Maksud Penutup Warna Air Mineral Anda.

Penutup air mineral bukan sahaja di warnakan untuk branding tetapi ada maksud disebaliknya

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Sun, 2 Mar 2025

Impian Kahwin 2025 Musnah… Saidah Kamarudin, Muntazar Ghufran Putus Tunang Sejak Oktober Tahun Lalu

Saidah Kamarudin dan Muntazar Ghufran putus tunang sejak Oktober tahun lalu.

Hiburan Fri, 9 May 2025

Syarikat Didakwa Berhutang Lebih RM4 Juta, Netizen Minta Fazura Tampil Pertahankan Diri

Fazura memilih untuk mengunci mulut isu berhutang lebih RM4 juta

error: Content is protected !!