Featured By: Atiqah Johari May 11, 2023 @ 5:44pm

Ciapan Curi Perhatian, Diana Danielle Beri Bayangan Tak Kembali Ke Pangkuan Farid Kamil?

Umum mengetahui, konflik rumah tangga pasangan selebriti, Diana Danielle dan aktor sensasi Farid Kamil masih belum terlerai dan hangat menjadi perhatian ramai.

Perkongsian terkini Diana di laman media sosial Twitter miliknya mengundang persoalan mengenai mesej sebenar disebalik ciapan tersebut.

Menerusi muat naik itu, ibu anak dua ini seakan memberi bayangan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Farid Kamil meskipun setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

“I often don’t regret a decision I sat on for years. So don’t sit around waiting for it,” tulisnya.

Sebelum ini, Diana Danielle membidas kenyataan soal isu orang ketiga merupakan punca dirinya memfailkan perceraian seperti yang didakwa suaminya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, tuduhan tersebut membuktikan bahawa Farid langsung tidak mengenali dirinya selepas sekian lama bersama.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Artikel Berkaitan: Kongsi 9 Cara Mohon Maaf Dengan Betul, Muat Naik Diana Danielle Raih Perhatian – “Berhenti Beri Peluang Pada…”

Artikel Berkaitan: “Perkahwinan Saya Bertahan 10 Tahun Sebab Suami Saya Pecinta Wanita” – Potongan Video Lama Diana Danielle Kembali Tular

Artikel Berkaitan: Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Mar 2019
Trending Sat, 24 Nov 2018

Ouch! Gara-Gara Batang PVC Tersangkut Di Kemaluan, Warga Emas Dikejar Ke Hospital

Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari.

Eat Travel Thu, 18 Oct 2018
Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Trending Thu, 29 Jul 2021

“Saya Tidak Patut Bercakap Dengan Nada Begitu…” – Carl Samsudin Mohon Maaf

Selepas di hentam akibat berlaku biadab kepada seorang warga emas ketika memberikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit pada Rabu, usahawan dan influencer, Carl Samsudin akhirnya tampil membuat permohonan […]

Hiburan Sat, 4 Nov 2023
Trending Fri, 4 Oct 2019

Bayi Maut Kepala Terkena Kipas Siling

Bapa Tiri Dakwa Tak Sengaja Lambung Anak