Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2023 @ 11:04am

Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Sambutan Hari Ibu antara sambutan yang cukup memberi nilai sentimental buat semua rakyat Malaysia bahkan di seluruh dunia demi menghargai jasa dan pengorbanan insan teristimewa dalam kehidupan termasuklah, pelakon popular, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi perkongsian  di Instagram, Sharnaaz dilihat memuat naik foto bersama kapsyen istimewa buat ibu tercinta dan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor.

“Kedua-dua wanita ini memberi kesan dan merupakan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat Mama dan Mummy Nabila.

“Tanpa anda berdua saya tidak akan berada disini. Terima kasih mama dan Mummy Nabila. Dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kakak kepada Neelofa itu juga dilihat meninggalkan komen di ruangan balas berkenaan.

“Terima kasih baba,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut aktir berkenaan meninggalkan pelbagai respons positif.

Malah, ada yang memuji sikap Sharnaaz yang sentiasa menghargai jasa dan usaha bekas isterinya itu dalam membesarkan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia 4 tahun.

“Salute lah Sharnaaz. In whatever situation pun dia appreciate orang yang lahirkan anak dia. Jebat bertuah ada babah yang hebat.

“Macam ni lah bagus. Bukan sahaja menghargai ibu tapi isteri yang melahirkan anak.

“Bagus Sharnaaz ni, selalu menghormati dan menghargai. Hero kami,” komen netizen.

 

Tidak habis disitu, Sharnaaz juga membuat hantaran semula video yang dimuat naik Nabila menerusi Instagram Story miliknya.

“Happy mothers day Mummy! The best Mummy in the world. Terima kasih Mummy!” Tulisnya pada paparan skrin video berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Thu, 27 Jul 2023

Lafaz Cerai Pada 22 Februari Sah, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Lega Kemelut Rumah Tangga Berakhir Dengan Talak Satu

Shuhada kata dah habis tempoh iddah selepas keguguran pada hari raya kedua. Syukur semua selesai dengan baik

Hiburan Sun, 15 Mar 2026

AC Mizal Seru Penggiat Seni Ikut Peredaran Zaman Jika Mahu Kekal Relevan

Pengacara dan penyanyi, Datuk AC Mizal menegaskan penggiat seni perlu sentiasa peka terhadap perubahan semasa supaya karya yang dihasilkan terus relevan serta mampu menarik perhatian generasi muda. Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, dunia […]

Trending Fri, 31 May 2019
Featured Wed, 20 Feb 2019
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

error: Content is protected !!