Replicated Draft By: Nabihah May 18, 2023 @ 4:50pm

Beras Jati Sambut Ulang Tahun Ke-30, Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ni menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan? Jenama beras ni dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari.

Bagi meraikan ulang tahun ke-30 ni, Jati telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun di Lot 10, Kuala Lumpur. Ada macam-macam aktiviti dengan 303 set hadiah disediakan. Fuh meriah!

Catat nama dalam Malaysia Book of Records, 3 tan beras akan disalurkan ke golongan memerlukan

Paling manis sekali bersempena sambutan ulang tahun tersebut, Jati telah melakar sejarah apabila berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan guni beras terberat di Malaysia seberat 3 tan sekali gus mengatasi rekod terdahulu iaitu 1.501 tan.

Keseluruhan daripada 3 tan guni beras itu bakal disumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.

Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd, Encik Chua Keng Jin menyifatkan kejayaan yang dikecapi Jati ni adalah hasil sokongan para pelanggan yang berada diseluruh negara. Tambahnya lagi, beliau dan seluruh kakitangan sangat berbangga untuk menerima penghormatan dan pengiktirafan yang dianugerahkan buat Jati.

Tangkap & Menang, ada 303 set hadiah disediakan!

Bukan sikit-sikit hadiah disediakan tapi ada 303 set menanti pemenang bertuah! Macam mana nak menang? Mudah je geng, korang hanya perlu bergambar bersama paparan arca hidangan Jati di hadapan Lot 10.

Kemudian muat naik gambar tersebut ke laman Facebook dan Instagram korang dan tag #jati30tahun #peraduanjati30 #tangkapdanmenang #jatimalaysia.

Pemenang bertuah bakal diumumkan melalui laman Facebook serta Instagram Jati Malaysia pada 6 Jun 2023.

Antara hadiah yang menanti korang adalah Thermos 003040, Thermos KLN1600XSBK, Thermos ML203081 dan kredit Touch ‘n Go Bernilai RM10 lagi!

Ada banyak lagi acara dan promosi istimewa di Lot 10

Jom ramai-ramai ke Lot 10 sebab korang boleh rasai sendiri pengalaman stesen yang mengetengahkan pelbagai produk Jati.

Jangan lupa untuk bawa anak-anak sekali kerana ada pertunjukan badut pada 16, 20 dan 21 Mei! Mesti si anak-anak korang gembira habislah dapat tengok pertunjukan badut, silap-silap yang dewasa pun sama teruja juga.

Selain itu, korang juga boleh nikmati penjimatan hebat melalui promosi Jati Pusa Finest Basmathi 1121 yang dijual pada harga RM3 untuk 1 pek 300 gram! Jimat gila!

Ataupun korang juga boleh dapatkan 1 pek Jati Pusa Finest Basmathi 1121 300gm pada harga RM1 sahaja dengan setiap pembelian produk Jati bernilai RM10 dan keatas dalam satu resit.

Sementara untuk pembelian RM50 keatas pula layak untuk mendapat 2 pek Jati Pusa Finest Basmathi 1121 300gmsecara percuma. Fuhh.. Rugilah kalau korang tak manfaatkan peluang ni untuk borong produk Jati geng sebab tengah promo habis-habisan ni!

Jadi suka untuk min ingatkan sekali lagi, jangan lupa untuk beramai-ramai ke Lot 10 pada 16-29 Mei bagi menikmati pelbagai promosi produk Jati dan sertai acara menarik yang dijalankan secara indoor juga outdoor.

P/s: Aktiviti untuk indoor hanya akan berlangsung sehingga 22 sahaja, sementara aktiviti outdoor seperti paparan arca hidangan Jati, tangkap & menang dan sebagainya bakal berakhir pada 29 Mei.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai promosi terkini produk Jati, korang boleh layari Facebook serta Instagram Jati Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Jul 2020
Selebriti Tue, 26 Dec 2023
Featured Fri, 18 Mar 2022

“Perasaan Saya Awalnya Berbolak-Balik.. Sehinggalah Terjumpa Video Penghijrahan Nabil Ahmad” – Asfan Shah

Bukan mengikut ‘trend’, Asfan Shah mengakui terjentik hati selepas menonton luahan dan perjalanan hijrah pengacara Nabil Ahmad

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azizan Osman Tawar Diri Untuk Menaja Lebih 100 Warga Utusan?

Ramai simpati dengan nasib yang menimpa warga Utusan termasuk pakar motivasi, Azizan Osman.

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Pintar Bermain Piano, Gelagat Uwais Anak Shuib Sepahtu Curi Tumpuan – “Dari Rupa Bawa Ke Suara, Persis Sangat Ibunya!”

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu iaitu Uwais Al Qarni sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan cerdiknya itu. Baru-baru ini, Shuib berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan Uwais […]

Trending Mon, 26 Feb 2018

Impi Wajah Secantik Erra Fazira, Wanita Ini Menderita Kerana Suntikan Kolagen

Muka Firaun, ‘dagu cecah ke lutut’, ‘hantu dagu’, ‘dagu panjang’ ‘dagu terpisah muka’ dan ‘nenek sihir’, antara bentuk sindiran yang pernah dilemparkan kepada mereka sehinggakan berasa amat malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Kisah Viral Fri, 23 Dec 2022

Bahasakan Netizen Persoalkan Kenapa Mangsa Banjir Tak Pindah Awal, Ramai Puji Sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman sering melayan karenah pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @hazrinempire, Sajat sedang menjawab persoalan pengikutnya yang memarahi segelintir […]