Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi May 19, 2023 @ 3:19pm

#BabyXTRA: Isteri Tak Ada Morning Sickness, Tapi Shaheizy Sam Pula Mengidam Makan Roti Bakar Mamak & Wagyu Beef! Kongsi Ragam Anak Ketiga Sangat ‘Hyper’

Figura seorang bapa yang terpancar pada pelakon terkenal, Shaheizy Sam mungkin tampak bersahaja, namun siapa sangka aktor filem popular Adnan Sempit ini sebenarnya sangat tegas bersama anak-anak.

Memiliki tiga cahaya mata juga tidak menghalang Sam untuk terus menjaga fizikal bentuk badannya terutama ketika membawa watak Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 3, arahan Syafiq Yusof. 

Istimewanya segmen #BabyXTRA kali ini, Sam berkongsi pengalamannya yang mempunyai tabiat pelik ketiga isteri tercinta, Syatilla Melvin sedang mengandung. 

Sam Mengidam Makan Roti Bakar, Wagyu? Syatilla Steady Je

Seakan memberi petanda akan menerima ahli baharu dalam keluarga, Sam berkata tekaknya akan teringin makan roti bakar pada setiap masa Syatilla mengandung. 

“Syatilla masa mengandung tak ada mengidam apa-apa. Tapi mengidam itu berbalik keapda saya sebab saya sedar setiap kali isteri mengandung saya akan nak makan roti bakar. Masa first baby, Syeriv, saya realize saya memang dok layan roti bakar mamak yang kenyal-kenyal tu. 

“Kali kedua, saya terasa balik. Tilla dah panic dah.. Dia macam bagi petanda yang isteri saya mengandung, bila check, betul mengandung. So everytime mengandung memang rasa nak makan roti bakar. 

“Tapi, yang ketiga ni pula dia anak yang mahal sikit. Syukur, Tilla tak ada morning sickness. Cuma masa trimester pertama, dia tak boleh tengok rumah. Jadi kami terpaksa tinggal di hotel selama sebulan.. 

“Ketika itu, saya tak ada rasa nak makan roti bakar, tapi terasa nak makan wagyu beef. Saya pernah buat video masak tomahawk, memang masa tu saya nak wagyu saya sampai 2-3 kali,” ujarnya. 

Anak Ketiga Paling ‘Gangster’

Sam berkongsi gelagat ketiga-tiga anaknya iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 3, dan Salama Samheizy, 2 sangat berbeza. 

Menurut Sam, anak ketiganya iaitu Salama sangat hyper dan mulut sangat celoteh bercakap… Mungkin ikut perangai ibunya,, Syatilla! 

“Syeriv, agak nakal seperti anak lelaki lah. Anak kedua saya, Serima dia sangat independent. Dia boleh duduk seorang diri, nak pergi toilet pun sendiri, dia tak perlu kacau orang. 

“Tapi nampak gayanya yang ketiga, ini yang paling hyper, Salama. Anak saya yang ini walaupun dia kecil lagi tapi kita dah nampak abang dia mesti akan kena dengan dia ni. 

“Bila dia excited tu.. memang luar biasa. So rasanya mungkin dia akan jadi paling gangster sekali. Dia lagi aktif dari abang dia. Walaupun tak pandai bercakap lagi, tapi mulut dia sentiasa berbunyi so dari situ nampak la dia ni memang anak yang banyak cakap,” katanya. 

Tips Didik Anak? Sam & Tilla Saling Berkomunikasi

Tidak dinafikan mendidik anak-anak adalah satu tanggungjawab yang paling utama buat ibu bapa. Namun buat Sam pula dalam mendiidk anak salah seorang ibu bapa perlu menjadi seorang yang tenang dan berpihak pada anak. 

Maksudnya, apabila ibu menjadi api, si ayah akan menjadi air yang menenangkan situasi. 

“Untuk saya there must be a parent whose one of them has to be really strict and firm. Bila Tilla tengah marah anak, saya akan jadi someone yang tenangkan anak. Jadi opposite dan vice versa. 

“Anak-anak saya dengan Tilla manja sikit, jadi bila dengan saya akan jadi yang tegas. Tapi bila saya tengah marah anak-anal saya selalu pesan dekat Tilla, kena berada di tempat mereka. Dengan cara ni anak-anak akan tahu ‘oh kalau ayah marah, ibu yang berada di side dia’,” jelasnya.  

Sekadar info, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan hasil perkahwinan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan Sarima Samhiezy, 3 dan Salama Samheizy, 2. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

Amyra Rosli Masuk Wad Akibat Demam Panas

Pelakon dan pengacara Nona, Amyra Rosli, 30, terpaksa ditahan di wad hospital akibat demam panas dengan suhu yang mencecah 40 darjah celcius. Perkara ini dimaklumkan oleh pelakon itu menerusi Instagram Story. Pada mulanya, Amyra atau […]

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Aliff Syukri Says It’s OK to Buy Fake Items Instead of Original Products

He seems to be very supportive about stealing intellectual property.

TECH Thu, 11 Oct 2018

Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jaja Ishak Terbit Lagu Anak Gadis Ina Naim, Terkejut ‘Hati Yang Dikecewa’ Dapat Lebih 500,000 Tontonan Walau Belum Dilancarkan

Rezeki anak gadis Ina Naim pula bergelar penyanyi… Dapat rezeki rakam single terbitan Jaja Ishak!

error: Content is protected !!