Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 19, 2023 @ 5:42pm

Pernah Dikritik ‘Over’ Jumpa Pelakon Korea, Adriana Adnan Jawab Isu Minat Dikaitkan Dengan Agama

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mengulas tentang isu minat sesuatu perkara secara keterlaluan dikaitkan dengan keagamaan.

Menurutnya, setiap orang mempunyai had masing-masing dalam menyukai sesuatu perkara.

“Sebenarnya tak kisah apa pun kita minat, semua akan dapat kecaman kalau kita tunjuk yang kita suka sangat.

“Tapi pada saya, kita semua tahu dan sedar diri, kita semua ada limit masing-masing. Cara kita membesar, cara family brought us up, kita semua pastinya ada limitation dalam menyukai dan menyanjungi seseorang atau sesuatu perkara itu,” ujarnya.

Sementara itu, Adriana berharap agar teguran yang diberikan tidak keterlaluan kerana setiap orang ada minat tersendiri yang dijadikan sebagai tempat menghilangkan tekanan.

“Jangan terlalu negatif dan obses mencari kesalahan dan mengaitkan semua perkara dengan isu-isu keagamaan.

“Boleh tegur tapi jangan keterlaluan sebab saya yakin, macam saya sendiri dan orang lain pun kalau mereka suka muzik Coldplay, Blackpink, BTS sekalipun, mereka mesti ada letak limit tak adalah sampai lupa diri tak ingat dunia, tak bekerja, tak akan menghadap benda tu je.

“Actually tu sebenarnya cara mereka release kan stress, cari benda yang happy daripada tekanan kerja dan selepas uruskan rumah semua,” jelasnya.

Terdahulu, Adriana pernah dikecam netizen gara-gara menangis apabila bertemu dengan pelakon popular dari Korea iaitu Park Seo Jun.

Mengulas tentang perkara itu, dia menyatakan tangisan itu adalah kerana tidak menyangka doanya untuk bertemu idolanya dimakbulkan.

“Sebenarnya saya nangis tu bukan sebab jumpa Park Seo Jun tapi sebab tak sangka perkara yang saya doa tu dimakbulkan, so saya sangat happy.

“Komen-komen negatif yang saya dapat tu saya ignore je sebab mereka tak layak pun untuk berada dalam pemikiran saya,” katanya ketika ditemui semasa sidang media drama siri terbitan Viu Presents, Jurnal Sara-haeyo di Artisan’s Playground, Kuala Lumpur, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 7 Jan 2023

[VIDEO] Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Ingin Jadi Berani Macam Ernie Zakri

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di platform TikTok yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel. Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan meluahkan perasaannya. Walaubagaimanapun, setelah meluahkan perasaan, Ernie […]

Trending Thu, 10 Oct 2019

Katy Perry dan Orlando Bloom Langsungkan Perkahwinan Disember Ini

Sempat putus beberapa kali, akhirnya Katy Perry dan Orlando Bloom Bakal Menikah…

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?

Hiburan Sat, 10 Jun 2023
Featured Thu, 23 May 2024
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Fattah Teruja Bawa Fazura Balik Kampung

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk memperkenalkan isteri kepada saudara-mara yang belum pernah bertemu Fazura. Wah, mesti best kan, pertama kali bawa isteri round kampung!

Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Hiburan Thu, 15 Mar 2018

邓紫棋任2018饥饿30爱心大使「带全家人来参与!」

铁肺歌手G.E.M.邓紫棋今日已马来西亚世界宣明会2018《饥饿30》爱心大使的身份出席饥饿30推介礼,正式为今年的饥饿30活动掀开了序幕!

error: Content is protected !!