Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari May 22, 2023 @ 7:09pm

“Dia Suka Kamera” – Perlu Teliti Komitmen, Mira Filzah Bersikap Terbuka Jika Anak Dilamar Jadi Duta

Pelakon cantik, Mira Filzah memaklumkan bahawa dia bersikap terbuka jika anak lelakinya, Wan Khair Amir, 1, untuk terlibat sama dalam dunia komersial.

Walaubagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, akui perlu teliti komitmen yang perlu diberikan oleh Amir dari segala aspek.

“Bergantung kepada sesetengah jenama, mungkin komitmen juga. Apa-apa komitmen pun kalau dia nak melibatkan Amir pun kena tengok juga.

“Kena tengok photoshoot, video shoot Amir okay ke? Berapa kali? Media sosial dan lain-lain. Akan dipertimbangkan,” katanya kepada XTRA.

Ditanya kebersediaan Mira jika anaknya ditawarkan untuk menjadi duta, dia mengakui anaknya mudah untuk beri kerjasama dan akan mempertimbangkannya.

“Macam Amir, Mira pernah shoot untuk Coway punya produk posting media sosial, Masa itu dia (Amir) berusia enam bulan dan sangat beri kerjasama sebab tak boleh berjalan lagi. So, okay Alhamdulillah.

“Kalau ada in future nak melibatkan dia (Amir), saya boleh pertimbangkan sebab Amir pada pemerhatian saya suka kamera. So, dia mudah untuk bekerja dengan kamera. Nampak senang bagi kerjasama,” ujarnya lagi.

Mira ditemui di acara Coway Brand Renewal Media Event 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk info, Mira Filzah merupakan duta jenama tempatan Coway Malaysia sejak tahun 2022.

Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara Brand Renewal yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI, baru-baru ini.

Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 mereka dan menandakan komitmen berterusan jenama ini untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.

Semasa acara Brand Renewal, wakil-wakil jenama ini berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi mereka sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Hiburan Sat, 21 Jun 2025
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka.

LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

Featured Tue, 5 Dec 2023
error: Content is protected !!