Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 27, 2023 @ 2:08pm

“Pijak Sampai Puas, Kalau Tak Puas… Pijak Sampai Mati!” – Tampil ‘Free Hair’, Nadia Annuar Mohon Jangan Salahkan Ibu

Susulan mengambil keputusan melepaskan hijabnya, bekas pengacara Wanita Hari Ini, Nadia Annuar tampil menyuarakan rasa kecewa apabila ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Menurut Nadia menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya, dia reda atas apa yang berlaku kerana sedar tindakannya itu adalah khilaf dari dirinya sendiri.

Bahkan, tidak mahu terus memberikan alasan, kakak kepada pelakon Harris Annuar itu juga mohon agar pihak di luar sana memberikan ruang dan masa untuknya sekaligus memohon maaf di atas perbuatannya itu.

Dalam pada itu, Nadia, 39, menegaskan untuk tidak mengaitkan ibunya yang juga usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton dengan keputusannya untuk tampil ‘free hair’.

“Satu lagi saya minta sangat, please jangan kaitkan mak saya atau ahli keluarga yang lain. Ini bukan salah mereka. Ini adlaah keputusan saya.

“Mak saya adalah seorang ibu dan manusia yang terbaik. Dia telah melakukan yangterbaik dalam hidupnya untuk membesarkan saya dan juga memberi nasihat begitu juga dengan adik saya. 

“Anda boleh meletakkan segala kesalahan terhadap saya tapi jangan sesekali berkata buruk terhadap mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, Nadia mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik fotonya tanpa hijab di platform media sosialnya itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Featured Wed, 30 Apr 2025

Aina Abdul Sebak Kenang Pengorbanan Arwah Bapa, Meski OKU Tetap Muliakan Isteri – “Tanpa Jemu Sedia Makan & Teh O Panas Mak”

Aina Abdul berkongsi kenangan bersama arwah bapanya yang disifatkannya sebagai sangat istimewa dan luar biasa.

Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Kisah Viral Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Hiburan Fri, 31 May 2019

Air Mata Norman Hakim, Aliff Satar Jatuh Di Penjara Sungai Buloh

Sepanjang empat jam pertemuan, saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka. Mereka yang lebih banyak berkongsi kisah dan cerita sambil pegang tangan, muka saya.

#TriviaXTRA Mon, 19 Jun 2023
Eat Travel Sun, 31 May 2020

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Tidak perlu ke Siam untuk menikmati pasar dalam sungai

error: Content is protected !!