Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2023 @ 3:23pm

Babak ‘Panas’ Zul Ariffin Dalam Drama Perempuan Itu Buka Mata Mimi Lana Belajar Ilmu Agama

Pelakon cantik Mimi Lana lega apabila drama lakonannya berjudul Perempuan Itu bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi platform TonTon bermula 1 Jun ini.

Menurutnya, walaupun drama tersebut pernah terpalit dengan kontroversi melibatkan pelakonnya, namum Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, menyifatkan banyak yang dipelajarinya sepanjang terlibat dalam penggambaran tersebut terutamanya tenatang ilmu agama dan hak sebagai seorang wanita.

“Sepanjang terlibat dalam penggambaran ni, saya mengaku banyak mempelajari hal baru terutamanya tentang ilmu agama dan hak wanita dalam rumah tangga.

“Dan yang paling penting, tentang martabat wanita dan tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk teruskan hidup.

“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan,” katanya.

Perkara itu dikongsi Mimi menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad beserta beberapa fotonya bersama pelakon Zul Ariffin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

 

Dalam pada itu, Mimi juga berharap penonton yang menyaksikan drama tersebut dapat belajar sesuatu kerana drama Perempuan Itu sarat dengan pengajaran.

“Saya berharap penonton yang akan menonton drama ini juga sedikit sebanyak dapat mafaat dari isi sebenar yang ingin disampaikan.

“Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Saya sangat sayangkan karya ini kerana isinya yang penuh dengan pengajaran dan teladan.

“Saya juga sangat sangat sayangkan setiap satu orang yang terlibat di dalam karya ini. Saya harap semua orang dapat bersedia dan menerima dengan hati yang terbuka sebelum menonton. Yang baik Itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kami semua.. Bismillahirrahmanirrahim dan Selamat menonton!,” ujarnya.

Terdahulu, drama ini mendapat perhatian selepas  Zul Ariffin memuat naik adengan panasnya menggendong pelakon Siti Hariesa sehingga menjadi perdebatanhangat dalam kalangan netizen.

Bahkan, tindakannya itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosialnya.

Zul bagaimanapun mengaku bersalah dan diperintahkan membayar denda sebanyak RM30,000.

ARTIKEL BERKAITAN:Sekian Lama Berdiam Diri, Siti Hariesa Tampil Jawab Isu Babak Intim Bersama Zul Ariffin – “Saya Tidak Menyesal Kerana..”

ARTIKEL BERKAITAN:Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

“Dia Tak Boleh Bernafas, Minta Nak Turun Cepat” – Sekeluarga Panik Apabila Wajah Kakak Membengkak, Asyik Bersin, Mata Berair

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai. Menerusi video yang […]

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Tue, 9 Dec 2025

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya

Trending Thu, 26 Apr 2018

Gaduh Punya Hal, Lelaki Tolak Kekasih Dari Tingkat 19!

Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu dilihat sering bergaduh, namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Hiburan Thu, 29 May 2025
Trending Tue, 15 Jun 2021

Tidak Mahu ‘Selfish’, Batalkan Shooting Pretty Little Liars 2, Eyka Farhana Akui Kecewa

Alaaaa… takpe, bukan rezeki insyaAllah more rezeki lagi untuk Eyka

Featured Mon, 20 Apr 2020
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

被誉为「K歌制造机」谭志华大马发片留遗憾!祝贺VCR独漏李圣杰?

error: Content is protected !!