Euforia Bola 2026
Ijab & Kabul By: Atiqah Johari June 4, 2023 @ 2:47pm

Lebih 7 Tahun Berkawan, Pelawak Shashic & Filzah Selamat Bernikah

Pelawak Shahic Iewan, 32, telah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya iaitu pelawak, Filzah Azmi, 33.

Dengan sekali lafaz, pasangan tersebut telah sah menjadi suami isteri selepas berkenalan lebih tujuh tahun.

“Hubungan kami sebenarnya sudah lebih tujuh tahun. Bahkan sebelum jadi pelawak lagi pun,” katanya kepada Harian Metro.

Shahic memberi mas kahwin sebanyak RM100 dan lima dulang hantaran manakala Filzah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis akad nikah berlangsung di Doplohtiga Space Kuala Lumpur malam semalam.

Dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dan rakan-rakan pelawak.

Bukan itu sahaja, memetik laporan Harian Metro, Filzah mengakui tertarik dengan Shashic kerana kegagapannya itu malah mereka telah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

“Saya bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar. Sebagaimana pasangan lain, saya berharap perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
Kredit Foto: Harian Metro, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Jul 2025
Featured Tue, 2 Sep 2025

Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

‘A new chapter, Bismillah’ – Nora Danish

Featured Wed, 31 Jul 2024
Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Fri, 24 Mar 2023

Hilang Banyak Tawaran Kerja, Dafi Dedah Pernah Pecahkan Tabung – “Ayah Dah Tak Jadi PM, Semua Lesap”

Nampak gah dan mewah, tapi dalam diam tiada siapa yang tahu kan.. Sabar ya Dafi! 💪🏻

error: Content is protected !!