Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 7, 2023 @ 6:09pm

Hampir 30 Tahun Berlalu, Tragedi Runtuhan Highland Tower Tidak Luput Di Minda

Tanggal 11 Disember 1993 pastinya segar di ingatan bekas wartawan Harian Metro Aminuddin Ibrahim, 63, yang melihat sendiri konkrit bangunan runtuh di depan mata.

Biarpun kejadian itu sudah hampir 30 tahun berlalu, ia tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi untuk pengamal media yang membuat liputan ketika tragedi runtuhan yang berlaku di Highland Towers, Ulu Klang, Selangor.

Memetik laporan Harian Metro pada April 2021, ia masih segar dalam ingatan Aminuddin yang ketika itu dalam perjalanan untuk ke lokasi jenayah di Bangsar.

Ketika itu, dia bersama sekumpulan wartawan jenayah menaiki kereta sebelum dimaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Kami terus bergegas ke sana. Kalau tak salah saya, ada wartawan New Straits Times dan Malay Mail bersama seorang lagi jurugambar.
“Sampai di lokasi, saya lihat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Memang tidak perasan ada bangunan runtuh menyembah bumi.

“Selang 15 minit, bomba sampai dan pada masa itu baru kami tahu bahawa struktur di hadapan kami adalah blok kediaman yang tumbang,” katanya.

Aminuddin berkata, ketika itu menjadi cabaran utama kepada dia dan wartawan lain untuk mendapatkan pengesahan mengenai apa yang berlaku di lokasi itu.

Menurutnya, selepas kawasan itu dipenuhi pasukan penyelamat dan dikawal sepenuhnya polis, dia menghantar laporan ke Balai Berita menggunakan telefon yang disediakan syarikat untuk mengemas kini maklumat.

“Saya berada di lokasi sehingga pagi esoknya sebelum digantikan rakan lain dan datang semula pada sebelah petang.

“Apa yang berlaku di situ saya ingat bagaimana pasukan penyelamat mengeluarkan mayat tertimbus untuk dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

“Pada masa sama, sebuah konkrit runtuh dan menghempap mangsa yang berada di situ. Ia berlaku di depan mata saya dan rakan wartawan lain,” katanya.

Kisah terbabit antara kisah-kisah menarik yang dipaparkan dalam program Fail Mahkamah yang bersiaran di TV3.

Program itu membawa penonton mengimbas kembali kronologi kes-kes yang tragik, sensasi dan berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian dan liputan meluas media suatu ketika dahulu.

Program ini memukau penonton dengan pandangan yang lebih mendalam tentang beberapa prosiding dari perspektif undang-undang tentang kes-kes yang sensasi dalam sejarah di Malaysia yang pernah dibicarakan. Fail Mahkamah turut menampilkan laporan atau status terkini daripada Mahkamah Keadilan khas untuk penonton setia TV3.

Kes yang mengimbas kembali suasana bilik mahkamah akan menjadi lebih menarik dengan laporan khas di mana wartawan perlu turun padang untuk meninjau semula kes yang telah diselesaikan.

Penyiasatan jenayah dan tragedi yang popular ini ditunjukkan dengan infografik yang menarik bagi memudahkan lagi penonton untuk memahami.

Setiap episod akan memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kes syariah, kes bertaraf antarabangsa dan kes siasatan jenayah yang tidak dapat diselesaikan menerusi temu bual dengan ulasan pakar bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh.

Antara kes-kes yang bakal dibicarakan adalah kes Sosilawati, Nurin Jazlin, Sharlinie, Canny Ong, Suzaily Mokhtar dan tragedi yang menyayat hati seperti insiden Highland Tower dan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Saksikan episod Highland Tower malam ini dalam program Fail Mahkamah menerusi TV3, setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam atau strim langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 31 Jul 2023

[VIDEO] Akui Salah, MK K-Clique & Isteri Minta Maaf Tak Pakai ‘Seatbelt’… Netizen Puji Bagus Tak Cepat Melenting

Ok settle, tenang tenang guys! Moga jadi peringatan buat semua.. keselamatan no syatu ok! 🫡

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

ABPBH 37 Cipta Rekod Baharu Dengan 61.7 Juta Undian

Rekod baharu untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian!

Featured Mon, 1 Dec 2025

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

PU RIZ tegas dengan pendiriannya menegah perbuatan golongan tersebut yang ternyata melanggar ajaran agama.

Events Sun, 18 Nov 2018

Pergh…Tiket ‘Early Bird’ Konsert Reunion Dewa 19 Live In KL SOLD OUT!

Melihat keseluruhan tiket early bird terjual dengan begitu laris dan habis dalam tempoh lima hari adalah satu perkembangan yang cukup positif.

Events Mon, 16 Mar 2020

[VIRAL] “Ya, Mulut Pemandu Itu Berbau Alkohol” – Drama Band Terlibat Kemalangan

Ya Allah, dah lah langgar orang, siap boleh lari dengan teman wanita plak tu

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Tak Gentar Kalau Awak Saman, Saya Hanya Pertahankan Hak!” – Fara Salleh Bidas Shuk Sahar

Fara Salleh tepis dakwaan Shuk Sahar buat kenyataan tak berasas

error: Content is protected !!