Euforia Bola 2026
Acara By: Padin June 7, 2023 @ 4:11pm

Enggan Dikenali Sebagai Pusat Tahfiz Konvensional, Madrasah An-Nuur Lahirkan Graduan Profesional

Mahu mengangkat martabat sebagai institusi pendidikan yang melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang agama, Madrasah An-Nuur (MAN) enggan dikenali sebagai pusat tahfiz konvensional.

Bersesuaian dengan objektif mereka, penganjuran majlis istiadat konvokesyen di institusi tersebut diadakan dengan berbeza.

Penuh bergaya dan memberi pengalaman unik kepada 77 graduan, majlis tersebut yang diadakan di Kompleks Aman Kesang Laut Tangkak, Johor diserikan dengan perarakan sepanjang tujuh kilometer dengan menaiki 15 buah kenderaan mewah dan 15 motosikal berkuasa tinggi daripada Kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Menurut pengasas dan pengetua MAN, Ustaz Noor Effendi Hamid, sejak penubuhan mereka pada tahun 2000 sehingga hari berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen, MAN telah berjaya melahirkan 579 orang graduan huffaz.

Kini, mereka sudah melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya di dalam dan luar negara samada dalam bidang Agama mahupun bidang profesional.

“Kita tahu susah payah para pelajar hafaz al-Quran dan usaha guru yang hebat, jadi kita nak memartabatkan mereka dengan menganjurkan konvokesyen.

“Kali pertama kami buat pada tahun 2016. Sejak itu kita nampaklah para pelajar yang belum tamat pengajian ini lebih teruja untuk sampai ke tahap itu (konvokesyen). Boleh dikatakan ini penyuntik semangat dan motivasi untuk mereka.

“Selepas itu, kita buat dalam dua atau tiga tahun sekali. Baru-baru ini konvokesyen yang ke-19 pada 28 Mei lalu,” tambahnya.

Disempurnakan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad, penganugerahan guru cemerlang turut disampaikan.

Diberikan kepada Firdaus Tuah dan Nor Jannah Omar, mereka telah dinobatkan sebagai penerima anugerah guru cemerlang yang gigih manakala Ummu Salamah Zahar menerima anugerah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, MAN telah bekerjasama dengan syarikat Mizwah Travel & Tours untuk menyediakan pakej  umrah dengan perkhidmatan mutawif berpengalaman  kepada masyarakat di negara ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 22 Feb 2026

Terjah Brunei & Penang, Ben Ali & Nadiyah Shahab Terus Sukses Melangkah Untuk Tahun Kelima

Gandingan pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab terus menyerlah!

Acara Tue, 2 Apr 2019
Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Mon, 11 Dec 2023
Acara Mon, 28 Feb 2022

Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Terjejas Pasca Banjir

Program Kita Bantu anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) merupakan sebuah inisiatif untuk membantu individu serta keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda. Sejak tercetusnya idea ini pada […]

Acara Thu, 19 Sep 2019
error: Content is protected !!