Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 16, 2023 @ 9:52am

Walaupun Harga Premium, Tiket Konsert Faizal Tahir Tetap Laku Keras!

Penyanyi Faizal Tahir mengumumkan tiket konsert sulungnya Aku Faizal Tahir yang bakal diadakan pada 2 September ini laris dijual.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Faizal menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Faizal menunjukkan bahawa tiket bagi kategori RM688 dan RM488 sudah pun habis dijual sejak talian pembelian dibuka.

Sebelum ini, konsert yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya kerana dikatakan terlalu mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling Murah RM488, Harga Tiket Konsert Dipertikai… Faizal Tahir Janji Persembahan Berbaloi

“Dah tak banyak dah tinggal tu. Saya pun baru nak beli. Tunggu apa lagi?,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Ditanyakan berkenaan kemampuannya untuk membuat malam kedua sekiranya mendapat sambutan yang baik, Faizal menyatakan dia tidak mahu membuat sedemikian memandangkan banyak perkara perlu diambil kira.

“Setakat ini tidak sebab saya kena recover. Saya bukan macam setengah orang boleh buat dua hari. Macam baru ni Ella buat dua malam tu pun kira dahsyat sebab tu dia ratu. Saya lebih kepada belakang tabir.

“Sebenarnya itu salah satu faktor yang membuatkan saya begitu lambat untuk membuat keputusan nak buat konsert. Dari segi stamina, saya dah tak macam dulu.

“Pada usia sekarang saya harus ingat juga yang saya dah ada anak-anak dan saya taknak buat persembahan yang anak saya tak boleh nak enjoy.

“Tapi dari segi stamina itu yang saya utamakan untuk konsert ini sebab secara jujurnya, saya rasa saya tak mampu buat benda ni lagi. Kalau boleh saya katakan saya boleh kategorikan diri saya ni lebih kepada penyanyi studio,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Jan 2026

“Aqish Anak Yang Baik, Dia Saksi Pada Luka Ibunya” – Umie Aida

Menurut Umie, meskipun Aqish tidak hidup dalam kehidupan yang mudah namun, pengalaman perit buat remaja itu kuat berdepan kecaman.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019

Nabila Razali Jadi Mangsa Dendam Siapa Tu?

Ikuti lakonan Nabila Razali bermula malam ini

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Sibuk Di Kolej Tak Halang Syafiq Popularkan Single ‘Sakit’

Single sulungnya ini merupakan ciptaan Candy Rozie ini sebagai ‘salam’ pengenalannya kepada muzik Nusantara.

Events Tue, 14 Aug 2018

Dikritik Netizen, Nabila Huda Balas Balik!

Tidak berdiam diri, Abil lantang bersuara membidas komen-komen netizen

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

error: Content is protected !!