Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin July 4, 2023 @ 12:39pm

Ganti Rugi lebih RM200,000 Terhadap A. Aida, Rayuan Amelia Henderson Diketahui 24 Julai Ini

Susulan kes saman perlanggaran kontrak sebuah drama pada tahun lalu, rayuan aktres Amelia Henderson untuk membayar ganti rugi terhadap syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd akan diketahui pada 24 Julai nanti.

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Amelia iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui prosiding yang dikendalikan dalam talian iaitu secara sistem ‘e-review’ pada Isnin.

“Hari ini (semalam) cuma untuk dapatkan tarikh pengurusan kes baharu kerana alasan penghakiman belum siap.

“Tarikh seterusnya adalah pada 24 Julai ini,” katanya.

Sebelum ini, Amelia atau nama penuh, Amelia Thripura Henderson, 28, memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 April lalu.

Dan, Mahkamah Sesyen pada 7 April lalu memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A Aida atau nama sebenar, Datuk Zaidah Awang menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd.

Sementara itu, Hakim Zulqarnain Hassan turut memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000: pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada Aida selaku plaintif.

Bahkan, Zulqarnain turut membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya dan permohonan maaf kepada plaintif di akaun Instagram (IG) @ameliath serta memadam video yang mengandungi kenyataan fitnah tersebut.

Terdahulu, isu ini mula mendapat perhatian apabila plaintif dilaporkan mendakwa Amelia menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun ada rundingan antara kedua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberi kepada Amelia.

ARTIKEL BERKAITAN:”Saya Ada Keyakinan & Saya Tidak Takut!”- Yakin Tidak Bersalah, Amelia Henderson Mahu Terus Lawan A Aida

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bangga Dengan Diri Saya” – Kalah Kes Langgar Kontrak, Diarah Bayar Lebih RM200,000… Ini Respons Amelia Henderson!

ARTIKEL BERKAITAN:Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200,000… A Aida Luah Rasa Syukur! – “Dulu Ajak Berdamai Tak Nak, Syukur Kemenangan Pada Saya”

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 May 2020
Featured Tue, 11 Apr 2023
Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Mon, 24 May 2021
Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Hiburan Fri, 22 Sep 2023

Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Alhamdulillah, semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

Artis Bawa Grab, Kenapa Nak Malu?

“Tiada apa yang hendak dimalukan kerana saya hanya mencari rezeki. Selagi rajin berusaha, Insya-Allah dipermudahkan. Kerjaya seni saya juga masih hijau dan belum ada jaminan,” katanya.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

That Hilarious Moment When BLACKPINK Rosé’s Bodyguard Stole The Show

Let’s be honest, who wouldn’t fall for Rosé?

error: Content is protected !!