Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana July 5, 2023 @ 8:19pm

[VIDEO] Lucu! Uwais Kongsi Momen Peminat Tersalah ‘Wish’ Isteri Raissudin Hamzah Selamat Pengantin Baru

Isteri kepada penyanyi era 80-an Raisuddin Hamzah, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder memuat naik sebuah video bersama cucu tirinya, Uwais Al Qarni di laman TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, anak kepada pelawak Shuib itu bercerita terdapat seorang peminat yang mengucapkan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Makder.

@suciuwais Salah org di wish nya. Bukan saya pengantin itu. 😅 #wedding #fyp #uwaisalqarni #makder #shuibwatie ♬ Funny – Gold-Tiger

Peminat tersebut menyangka bahawa Makder merupakan Watie Hanifiah yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 23 Jun yang lalu.

“Ada seorang mak cik tu datang lepastu dia cakap selamat pengantin baru (kepada Makder). Lepastu Uwais pandanglah… Siapa pula ni? Lepastu Uwais cakap bukan pengantin lama ke? Lepastu Odey cakap bukan saya, yang tu ada dekat rumah,” kata Uwais di dalam video tersebut.

Video tersebut meraih pelbagai respons netizen yang rata-rata terhibur mendengar celoteh Uwais yang bersungguh-sungguh bercerita.

“Uwais makin comel bila besar. Manja betul Uwais dengan Odey dia.

“Uwais nampak dewasa bila bercakap. Abang Long sangat.

“Comellah Uwais bercerita,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

LINDA ONN NAK LEPASKAN ‘BUAH HATI’

“Nak lepaskan sayang tapi itulah rasanya yang terbaik” coret Linda lagi.

Trending Thu, 23 Nov 2023

Jom Support Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 25 Nov Ni Dengan Memakai Warna Oren!

Wanita adalah insan istimewa yang memainkan peranan penting dalam masyarakat. Mereka lah ibu tercinta, saudara perempuan, pasangan dan kawan kita. Oleh itu, mereka harus disayangi, dihormati dan dilindungi daripada keganasan, kesakitan dan penghinaan. Pada 25 November […]

Trending Sun, 8 Jul 2018

Tabung Derma Dibekukan?

Bagaimanapun, tabung derma bantuan kepada bekas perdana menteri yang dikendalikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii masih beroperasi.

Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Hiburan Sun, 26 May 2019
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!