Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana July 11, 2023 @ 7:10pm

“Ayuh, Ini Kalilah…” – Netizen Sepakat Sokong Bell Ngasri Di ABPBH 35, Siap Ajar Cara Undi

Pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur dan terharu apabila mendapat sokongan peminat dan juga beberapa persatuan yang sanggup mengundinya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-35.

Tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular, luahan rasa syukur itu telah dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Bell berkongsi beberapa pengguna sosial media membuat hantaran yang rata-rata daripada mereka telah bersepakat untuk mengundinya dalam kategori terbabit.

Menerusi hantaran itu juga, dia bersyukur kerana bakatnya telah mendapat perhatian orang ramai dan mengharapkan dia mempunyai rezeki merangkul anugerah tersebut.

“Saya tak sangka dapat sokongan sebegini rupa. Dari negeri yang bukan negeri asal saya pun ada, kawan-kawan artis yang lebih hebat dan popular pun ada, persatuan itu, persatuan ini dan macam-macam.

“Terima kasih sangat-sangat. Top 5 ini pun saya dah bersyukur sangat. Saya tetap sama saja, sama seperti orang lain. Tapi, yang tak tahan, yang terakhir itu, Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung pun ada.

“Terus saya terbayang semasa ibu-ibu mengandung dalam perjalanan nak beranak pun, masih mengundi. Selepas itu, anak baru lahir pun, mengundi juga,” tulisnya

Bell juga turut terharu apabila terdapat salah seorang daripada peminatnya siap membuat video cara-cara untuk mengundinya di laman sesawang ABPBH.

Hantaran di Intagram miliknya telah meraih pelbagai respons daripada netizen dan rakan artis yang rata-ratanye memberikan semangat dan berharap agar dia berjaya mendapat anugerah terbabit.

“Saya dah laksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Saya dah undi abang Bell 20 undi. Ayuh ini kalilah.

“Aku tak pernah peduli pasal anugerah tapi akhirnya aku ambil port undi demi Barkoba. Bang Bell hang memang berhak, aku rasa sekian lama pemenang-pemenang anugerah tu, kau lah paling layak. Yang lain tu memang popular je bakat seciput sebab tu Bell masih relevan berpuluh tahun,” tulis netizen.

Bell juga bakal bersaing dengan pelawak yang lain seperti Johan, Zizan Razak, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli dalam kategori tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Aug 2022

Sertai Kelas Lakonan, Ummi Nazeera Gembira Dapat Puaskan Hati Penonton

Drama Risik Pada Hati meraih sambutan hebat baru-baru ini, manakan tidak pelakon utamanya tak kurang hebatnya. Menampilkan Ummi Nazeera sebagai pelakon utama telah membuka mata penonton tentang lakonan mantapnya sehingga menerima banyak pujian. “Sejujurnya saya […]

Featured Sat, 24 May 2025
Automobile Fri, 25 Jan 2019
Fab Foodies! Tue, 15 May 2018

Jangan Biarkan Tubuh Korang Lemau Sepanjang Ramadhan, Baca Tips Ini!

Jika risau kehilangan mineral tubuh melalui peluh, boleh pilih minuman sukan. Sangat disyorkan mengambil minuman isotonik rendah atau bebas karbonat.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Siapa masih ingat lakonan Nia dalam Bawang Putih Bawang Merah? Geram je tengok kan!

Featured Fri, 20 Dec 2024
Events Mon, 16 Jun 2025
error: Content is protected !!