Euforia Bola 2026
Featured By: Nurul Hana July 12, 2023 @ 2:00pm

Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Bakal Gegarkan Dewan Filharmonik Pertronas Pada Ogos Ini

Penyanyi, pelakon dan hos, Aliff Satar telah melakukan penjenamaan semula bersama kumpulan ‘old school’ yang dipanggil Aliff Satar & The Locos sebagai vokalis utama dan dianggotai oleh Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri (saxophone).

Aliff Satar & The Locos pernah merakamkan single pertama mereka berjudul ‘I Want You To Love Me’ dan pernah merakam single bersama penyanyi indie Diandra Arjunaidi bertajuk ‘Lelaki X Sempurna’ sementara single terbaru mereka, Isteri, telah dijadikan runut bunyi untuk drama Risik Pada Hati.

Kumpulan ini pernah memenangintempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 37 melalui lagu Anugerah Terindah.

Apa yang lebih menarik lagi, konsert tersebut bakal menyaksikan kolaborasi kumpulan ini bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO).

Ahmad Muriz Che Rose bakal memimpin kumpulan ini dan MPO akan mempersembahkan lagu-lagu hits dalam interpretasi simfoni, antaranya, Hey!, Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku dan Akhiri Penantianku.  
 
Alif Satar & The Locos akan memasuki senarai kolaborasi terunggul MPO bersama artis-artis tempatan seperti Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Konsert ini bakal diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, KLCC pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 8.30 malam.

Tiket akan mula dijual dengan harga RM155, RM255, RM355 dan RM455. Meet & Greet tambahan RM200 untuk semua kategori dan Suite: RM555/RM655 di [email protected] atau hubungi talian hotline tempahan tiket di 03-23317007.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Fasha Sandha Kini Bergelar Tunang Aidil Aziz

Sama cantik sama padan, Tahniah Fasha Sandha & Aidil Aziz!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Tepis Tuduhan Tak Bayar Gaji Kru, Penerbit Filem Saman Pengarah RM1 Juta

Tuduhan tidak membayar gaji kru sehingga filem disekat daripada tayangan adalah tidak benar

Hiburan Fri, 9 May 2025
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

error: Content is protected !!