Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 20, 2023 @ 4:00pm

Uqasha Senrose Berkemban & Berpelukan Demi Jayakan Watak – “Saya Mahu Cabar Diri Tapi Ada Batas”

Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan babak-babak panas yang dilakonkannya dalam filem seram Sumpahan Jerunei yang bakal ditayangkan kelak adalah sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia berbuat demikian (babak berkemban) adalah bagi memenuhi tuntutan watak dalam filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu.

“Ketika itu saya tak kahwin lagi. Saya pun masih ‘single’ lagi ketika itu. Tak ada komitmen dengan sesiapa pun.

“Saya mahu cabar diri untuk jayakan semua babak tapi ada batas. Sebenarnya babak itu bukan berkemban semata-mata, tetapi ada lagi seperti membabitkan kewujudan hantu. Namun, ia dipotong,” jelasnya ketika ditemui XTRA.

Dalam pada itu, Uqasha turut menjelaskan adegan dia berpelukan bersama pelakon Amerul Affendi dalam filem arahan Jason Chong itu ketika dia dan suaminya kini, Kamal Adli, dalam fasa berkawan.

“Perkara tersebut tiada kena mengena dengan Kamal lagi ketika itu, kami masih dalam fasa berkawan ketika itu.

“Itu kerjaya masing-masing tapi bila dah kahwin pasti ada batas,” ujarnya.

Uqasha turut berkongsi bahawa dia juga melakukan rujukan dengan menonton beberapa filem seram, malah pengalamannya yang pernah melakonkan watak seram juga adal bonus kepadanya.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek, Sumpahan Jerunei bakal menemui penonton di pawagam 27 Julai ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 30 Nov 2018

Nick Jonas, Priyanka Chopra Kahwin ESOK?

Wedding Of The Year ini bakal dihadiri oleh kaum keluarga Jonas yang terbang dari Amerika Syarikat termasuk Joe Jonas dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Ayuh Dapatkan Tiket AJL 33 Bermula Hari Ini!

Jom layari www.myticket.asia untuk dapatkan tiket menyaksikan AJL ke 33.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Winning None Out Of 5 Nominations; People Think Ariana Grande Got Robbed Just Like Mariah Had In 1996

If this isn’t one of the most controversial Grammy moments, then what is it?

Trending Mon, 10 Aug 2020

13 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan

Terus jadi masyarakat prihatin dengan patuh SOP!

error: Content is protected !!