Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Atiqah Johari July 25, 2023 @ 4:28pm

“Terima Kasih Pihak Sana” – Dapat Berjumpa Anak, Adam Shahz Syukur Fatin Afeefa Sudi Bertolak Ansur

Pelakon Adam Shahz menarik nafas lega apabila bekas isterinya, pelakon Fatin Afeefa memberi keizinan dan bertolak ansur soal anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.

Memetik laporan mStar, Adam menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas isterinya kerana berlaku adil dalam giliran berjumpa dan bermalam dengan anaknya itu ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi ini.

Tambahnya, dia akan meluangkan masa bersama anak ketika cuti sekolah kerana anaknya itu sekolah berasrama.

“Saya lega nak dibandingkan sebelum ini… kalau sebelum ini susah nak jumpa sekarang dah dapat jumpa. Alhamdulillah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak sebelah sana kerana sudi bertolak ansur dan sekarang ini kami sedang cuba selesaikan perkara lain agar dapat keputusan yang adil untuk kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah dah beberapa kali kami berjumpa. Saya akan jumpa dia setiap kali cuti sekolah sebab dia sekolah asrama kalau jumpa hari biasa takut kelam kabut sedikit,” ujarnya kepada wartawan mStar.

Jelas Adam, dia memfailkan tuntutan hak penjagaan anak sebelum ini kerana menginginkan hak yang sama rata bukan atas dasar menang atau kalah.

“Pindaan itu saya lakukan bukan sebab nak menang atau kalah tapi nak hak sama rata kedua-duanya. Saya juga mahukan hak yang sama seperti sebelah sana.

“Saya tak mahu bertengkar di kemudian hari kerana ini melibatkan anak yang merupakan seorang manusia yang mempunyai jiwa. Saya tak nak perasaan dia berbelah bahagi,” katanya.

Manakala, Fatin Afeefa menyatakan segala urusan berkaitan hak penjagaan anaknya itu diserahkan kepada pihak mahkamah dan menafikan dakwaan mengabaikan anak perempuannya itu.

“Semua berjalan lancar tapi selepas ini akan ada prosiding lagi.

“Hari ini cuma untuk pindaan yang mana mahkamah tentukan pihak Adam nak tukar atau tidak. Saya ikut dan serahkan kepada mahkamah saja.

“Alhamdulillah saya dan anak-anak sihat, anak memang dengan saya selama ini. Anak sedang bersekolah dan diberikan pendidikan terbaik, jadi tiada masalah pengabaian seperti yang didakwa,” tutur Fatin.

Sekadar info, pasangan pelakon ini berkahwin pada 21 Disember 2013 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ivy Herra Sophia.

Malah, Fatin turut memiliki seorang lagi anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Suami Noryn Aziz Mohon Kesudahan Terbaik

Harapan saya sudah tentu mahu isu rumah tangga kami selesai dengan kesudahan yang baik, dan saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat kami…

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Siti Nurhaliza berkongsi detik manis menonton filem animasi Ejen Ali The Movie 2 bersama anak-anak.

error: Content is protected !!