Euforia Bola 2026
Konsert By: Maya Basir July 26, 2023 @ 9:04pm

Seminggu Tunggu Jawapan Di Makkah, Alif Satar & The Locos Bakal Bergabung Dengan MPO Pada 26 Ogos!

Sempena 25 tahun penubuhan Dewan Filharmonik Petronas (DFP), band Alif Satar & The Locos bakal mengadakan sebuah konsert istimewa Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO pada Sabtu, 26 Ogos 2023 jam 8.30 malam.

Kumpulan ini terdiri daripada Alif sebagai penyanyi utama, The Locos pula dianggotai Tam Cobain (gitaris), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri selaku pemain saxophone.

Mereka pernah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom malah mereka juga telah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 37 menerusi lagu Anugerah Terindah.

Lebih menarik lagi, konsert ini akan menyaksikan kolaborasi kumpulan ini bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) yang akan dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Menurut Alif, dia sangat berbesar hati dan bersyukur pihak MPO setuju untuk bergabung dengan kumpulan mereka di pentas konsert nanti.

“Masa Alif pergi Makkah baru-baru ini, my manager cakap DFP ajak buat konsert untuk anniversary mereka. First dapat tahu tu memang saya rasa tak sangka, tapi saya bagi satu deal. Saya akan buat kalau MPO nak bergabung bermain dengan saya dan The Locos.

“Seminggu juga saya tunggu jawapan. Pada mulanya saya fikir, mesti tak dapat ni tapi Alhamdulillah dengan keberkatan doa di Makkah, pihak MPO setuju.

“Saya nak ambil peluang ni untuk berterima kasih kepada MPO dan DFP for agreeing to do this. Belum apa-apa lagi saya dah rasa the excitement,” ujarnya.

Pada malam tersebut, kumpulan ini dan MPO akan mempersembahkan lagu-lagu hits dalam interpretasi simfoni antaranya Hey!, Cukup Indah, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku dan Akhiri Penantianku.

Tiket boleh mula dibeli di laman sesawang rasmi www.dfp.com.my atau di kaunter ‘box-office’ dan boleh ditempah menerusi telefon dengan menghubungi nombor 03-23317007 atau email [email protected].

Harga tiket bermula dari RM155, RM255, RM355, RM455, tambahan RM200 untuk semua kategori (Meet & Greet) serta suite berharga RM555/RM655.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 May 2025

Akim & The Majistret ‘Rampas’ Kuala Lumpur! Bakal Gegar Konsert Solo 28 Jun Ini

Mengambil inspirasi daripada lagu hit mereka Rampas, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa.

Events Sat, 21 Jan 2023

Rai Ulangtahun Ke-25, Dewan Filharmonik Petronas Tampilkan Sebuah Siri Konsert Dengan Artis & Band Tempatan!

Sempena meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan bangganya mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis tempatan solo dan berkumpulan pada tahun ini. Dikenali dengan mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala […]

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Alahai sweetnyerrr Abil dan suami💗 Moga Neptunes Presents terus terbang tinggi!

Featured Tue, 27 Dec 2022

Konsert Ulang Tahun Ke-26 Ungu Buai Emosi Lebih 3,000 Peminat

Wow! Raja Permaisuri Agong pun ada dekat #UnguLiveInKL

Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

error: Content is protected !!