Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2023 @ 3:00pm

“Tak Mahu Anak Lalui Fasa Buruk & Lambat Belajar Agama” – Nabil Ahmad Seronok Anak Pakai Tudung, Doa Moga Kekal Istiqamah

Pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad gembira dan bersyukur apabila anak sulungnya, Nayla  Mikayla, 11, berniat untuk mengenakan hijab.

Menurutnya, dia dan isteri, Nazirah Ayub pada mulanya terkejut kerana mereka tidak pernah meletakkan syarat atau memaksa anak-anaknya mengenakan hijab memandangkan mereka masih muda.

Namun, sebagai tanda sokongan dia dan isteri gembira dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah dengan keputusannya.

“Saya tak pernah minta dia untuk pakai tudung. Asalkan pakai apa yang selesa, tapi alhamdulillah saya gembira.

“Mulanya masa dia minta untuk pakai tudung tu saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima. Jadi saya biar saja dan belikan setiap warna tudung yang dia mahu,” katanya.

Enggan berkongsi mengenai perkara itu kerana bimbang imej tersebut tidak dapat dibawa lagi, Nabil bagaimanapun berharap anak perempuannya tidak mengikut jejak langkahnya yang lambat dalam mendalami ilmu agama.

“Saya dulu tak baik, nakal dan sebab itu say atidak mahu anak-anak ikut seperti saya. Belajar agama lambat, dapat hidayah pun lambat.

“Kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka ada jalan yang betul.

“Apa yang saya boeh lakukan adalah, teruskan berdoa supaya mereka kekal istiqamah,” jelasnya.

Sekadar info, Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu, Nayla Mikayla, 11, Lelyla Medyna, 8 dan Mishall Imani, 4.

 

Sumber: Pa&Ma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Trending Sat, 25 Jul 2020
Hiburan Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

肥妈笑话「攞命」三位亚洲天后让安哥安娣也疯狂!

叶丽仪、陈洁灵及玛俐亚三大亚洲天后聚在一起「豪唱、豪情、豪笑」让台下安娣安哥级的观众嗨翻天,还抛开年龄的包袱忘我地跳舞!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

#Mentor7: ‘Kalau Boleh Tak Nak Singkir Sesiapa’ – Aizat

Jangan risau Faris. Aizat yakin awak ada masa depan cerah dalam industri hiburan. Yang penting, jangan berhenti usaha okay!

Featured Tue, 16 Dec 2025

Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

Jawapan Nadia nyata mengundang reaksi netizen apabila ia disampaikan dalam nada berseloroh, namun sarat dengan sindiran halus.

error: Content is protected !!