Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2023 @ 6:30pm

Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Hampir ‘Give Up’, Menangis Fikir Anak-Anak- “Dalam 24 Jam Tu, 1 Jam Je Dia Okay”

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan, sebelum ini suaminya itu melalui tempoh yang paling sukar dalamhidup terutamanya selepas kehilangan insan tersayang, Siti Sarah Raissuddin.

Menurut Watie, Shuib pernah menelefonnya sekitar jam tiga pagi sambil menangis dan menyatakan dirinya kini sudah ‘give up’.

Namun, terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan seperti sediakala disebakan anak-anak.

“Masa ni first time dia bawa balik kampung dia.. Masih malu-malu kucing bila orang nak ambilkan gambar.

“Nampak je dia senyum, padahal kadang 3 pagi call kita menangis teresak-esak sampai keluar hingus.

“Katanya rasa mcm dah tak nak hidup lagi…Tapi, sebab anak-anak dia kena tunjuk kuat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Tidak habis disitu, Watie turut berkongsi, Shuib sering berselindung di sebalik perasaan sedihnya dek kerana dalam tempoh 24 jam, hanya satu jam sahaja suaminya itu akan berada dalam fasa bertenang.

“Sejam je yang dia ok… yang 23 jam lagi selalunya dia cuba sorok perasaan untuk nampak okay tapi kita tahu je sebenarnya  dia memang tak okay,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Watie menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Dalam pada itu, Watie bersyukur dengan kehidupan yang dimilikinya kini lantas menitipkan doa agar suaminya itu sentiasa tersenyum apabial berada disisinya.

“Alhamdulillah, sampai sini dah kita.. Moga awak sentiasa tersenyum di samping I okay Didi,” ujarnya.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 6 mei 2023 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarha dan rakan terdekat sahaja.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

Featured Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ini Rahsia Dato Siti Nurhaliza Susut Berat Badan!

Beliau juga gembira kerana berat badannya semakin berkurang selepas melahirkan anaknya.

Featured Mon, 9 May 2022

Hukuman Berat Menanti Ibu Bapa Jika Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Setuju hukuman ini dilaksanakan, apa pendapat korang?

Hiburan Thu, 6 Nov 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!