Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2023 @ 2:10pm

Masih Ramai Minta ‘Ramalanku Benar Belaka’, Zarul Husin Terkilan Lagu Baru Tak Dapat Sambutan

Pelakon dan penyanyi, Zarul Husin mengakui terkilan apabila lagu-lagu baru miliknya tidak mendapat sambutan seperti lagu hits bersama kumpulan Umbrella terutamanya Ramalanku Benar Belaka.

Katanya lagu baru yang dikeluarkan sejak tahun 2014 hingga 2021 kurang mendapat tempat dalam hati pendengar.

Bersyukur masih relevan dalam industri, Zarul bagaimanapun mengambil keputusan untuk menangguhkan niat untuk melancarkan lagu baru meskipun bahannya sudah ada.

“Karier nyanyian saya masih berjalan seperti biasa. Ada beberapa project dan satu lagu yang belum dirilis, tahun ni saya rasa macam tak ada mood nak keluar lagu baru.

“Setiap kali pergi event menyanyi, mereka akan minta lagu Ramalanku Benar Belaka. Saya rasa terkilan, rasa penat buat lagu baru tapi orang tak nak dengar.

“Sejak 2014 saya konsisten keluarkan lagu baru dan kali terakhir saya berduet dengan Ajai, lagu Sepenuh Hati, dua tahun laku.

“Cabaran nak buat lagu baru saya rasa semua artis lama laluinya juga untuk bersaing dengan lagu-lagu lama hits mereka susah,” katanya.

Zarul ditemui ketika di majlis sidang media B.A.R.I.S.T.A Misi Terpaling Sulit, minggu lalu.

Meskipun terkilan, Zarul meluahkan rasa syukur apabila ramai peminatnya yang masih mahu mendengar nyanyiannya menerusi lagu hits tersebut.

“Sejujurnya saya sedikit kecewa tapi dalam masa yang sama bangga bila ada yang nak buatkan lagu baru, Ramalanku Benar Belaka masih tebal di memori penonton.

“Dimana saya pergi, dua ini lagu yang wajib saya nyanyikan. Saya bersyukur, mungkin ini rezeki saya tak tolak.

“Insya-Allah, sekiranya ada rezeki saya akan keluarkan lagu baru, cuma masanya bukan sekarang..,” akhirnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarul Umbrella Kecewa Pramugari Bagi Influencer 1 Beg Kacang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Apr 2024

Ketepikan Rasa Takut, Diana Danielle Mahu Sebar Kesedaran Tentang Kesihatan Mental Di Media Sosial

Min yakin, ramai yang suka content yang membuka minda macam ni.

Trending Mon, 20 Jan 2025
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Selepas Usher, Yuna Kini Bakal Berduet Bersama Zedd!

Zedd merupakan pengarah muzik yang terkenal dari Rusia. Yuna telah menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dengannya.

Eat Travel Mon, 18 May 2020
Trending Mon, 1 Mar 2021
error: Content is protected !!