Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 16, 2023 @ 6:27pm

Kejar Populariti Sampai Naik Lori & Pakai Baju Pelik, Zainal Abidin Sindir Penyanyi Baru?

Penyanyi berpengalaman, Zainal Abidin menyindir sikap artis baru yang suka mencari kontroversi demi populariti.

Memetik laporan Utusan, Zainal menyatakan sikap tersebut seperti terdesak hendak menjadi popular dalam industri muzik.

“Mereka ini terdesak hendak kejar likes, followers dan subscribers. Namun, apabila tak dapat semua itu mulalah rasa kecewa dan akhirnya kemurungan.

“Itu yang terpaksa naik lori dan pakai baju pelik. Ada pula yang sanggup buka baju dan bertelanjang supaya dipandang orang.

“Sebetulnya adalah asah bakat sebaiknya dan kejar untuk menghasilkan produk yang bagus, baru populariti dan kemewahan akan datang,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Hijau ini berpendapat bagi mana-mana artis yang mengadakan konsert pertama mereka sekurang-kurangnya mempunyai tujuh lagu hits.

“Bukan setakat satu lagu hits dan selebihnya nyanyi lagu orang lain. Bagaimana orang ramai mahu sanjung dan menghargai bakat anda, sedangkan sudah bayar tiket sampai mencecah ribuan ringgit?

“Anda mesti mempunyai minimum tujuh lagu hits untuk dinyanyikan dalam tempoh sejam persembahan. Semua peminat yang hadir tahu lagu tersebut dan mereka boleh menyanyikan bersama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bapa dua anak itu bakal menjayakan Zainal Abidin Tiba Masa Live Concert 2023 yang bakal diiringi 22 pemuzik di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 dan 30 September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: ABPBH 35: Hadir Ke Anugerah Naik Lori, Ini Penjelasan Aina Abdul… Menang Anugerah Tanda Harus Bekerja Keras Buat Peminat!

ARTIKEL BERKAITAN: Undang Pelbagai Reaksi Tentang Pemilihan Busana Ke ABPBH 35, Aina Abdul Akhirnya Buka Mulut – “Saya Cuba Lebih Baik Lepas Ini…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Jul 2020
Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Kongsi Mesej Dengan Arwah Ibu Ubai, Shila Amzah Janji Akan Ingat Segala Pesanan – “Terima Kasih Atas Pinjaman Waktu…”

“Lagi seminggu je Mak, minggu depan majlis Sha dan Ubai…” 🥹😭 Pergi yang tak akan kembali, yang tinggal hanya kenangan 🥹 Al-fatihah

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

陈奕迅0112来马!音乐纪录片《L.O.V.E. in F.R.A.M.E.S.》大马首映

2019新年伊始,陈奕迅铁定于1月12日带着全新专辑《L.O.V.E.》来马宣传并与粉丝见面;与此同时,音乐纪录片《L.O.V.E. in F.R.A.M.E.S.》也将于同日,首次在大马放映!

Trending Mon, 3 Feb 2020

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Haih! Macam-macam hal lah

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Fri, 26 May 2023

Dilamar Selepas Jadi Juara, Dinda Dania ‘Lari-Lari’ Nak Ke Mana?

Lari-Lari pergi mana tu? Comel je Dinda ni!

error: Content is protected !!