Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 17, 2023 @ 1:56pm

Anggap Netizen Kelakar, Amelia Henderson Nafi Buat Persiapan Kahwin Dengan Aedy Ashraf

Pelakon Amelia Henderson menafikan dakwaan membuat persiapan perkahwinan bersama Aedy Ashraf seperti yang tular di media sosial.

Menurutnya, dia sendiri terkejut menerima berita tersebut dan menyifatkan gosip bakal berkahwin sebagai perkara yang lucu.

“Cerita nak kahwin ini sangat menarik dan entertaining.

“Sebelum ini, saya pernah dituduh bercinta dengan seorang aktor dan kemudian hancurkan hatinya sebab sekarang saya dengan Aedy.

“Saya fikir mereka (netizen) dapat banyak cerita yang saya sendiri tidak tahu. Saya baca komen dekat TikTok dan terkejut since when saya nak kahwin? Saya tengah kerja ni, saya sendiri tak tahu bila saya nak kahwin.

“For me, netizen suka reka cerita… Saya terhiburlah,” katanya yang ditemui semasa sidang media dan pratonton drama bersiri, One Million Dollar Voice di Pavillion, Kuala Lumpur.

Disoal mengenai status sebenar hubungan dengan Aedy, Amelia meminta orang ramai untuk menilai sendiri hubungan mereka.

“Saya fikir anda semua boleh use your own creativity ataupun kalau jumpa Aedy dalam mana-mana acara, bolehlah serang (tanya) dia. Saya tidak boleh jawab (soal status).

“Situasi ini sangat peribadi buat kami sebenarnya. We’re very happy, we’re very close. Kami juga selesa untuk berkongsi apa sahaja.

“Cuma buat masa ini, tiada sebarang perkara menarik mengenai hubungan kami yang boleh dikongsi kepada anda. Selagi tidak ada benda menarik yang kami hendak umumkan, saya tidak tahu hendak jawab apa.

“Sekarang saya sangat sibuk kerana berlakon dua drama dalam satu masa. Tidak ada masa hendak fikir pasal semua benda (termasuk isu kahwin) kerana mahu selesaikan semua kerja,” jelasnya.

Terdahulu, video dimuat naik Amelia di TikTok mencuri perhatian ramai apabila kedengaran dia memanggil Aedy dengan gelaran ‘sayang’.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Mesra, Amelia Henderson Panggil Aedy Ashraf ‘Sayang’… Netizen Komen – “Mohon Hormati Golongan Single!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Sambutan Hangat Konsert Inul Daratista Live In Malaysia Cetuskan Idea, Pencarian Bakat Baharu Dangdut Kini Bermula!

Wah, hangat sambutan konsert Inul ye! Siapa nak jadi bintang dangdut tu boleh la usha!

Featured Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Trending Wed, 1 Jul 2020
error: Content is protected !!