Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2023 @ 5:15pm

“Nak Buat Konten Otak Letak Kat Kepala Bukan Kat Tesla” – Jadi Wakil Isteri- Isteri & Wanita Tersakiti, Dr Say Tak Tolak Poligami Tapi…

Selebriti media sosial, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Say tampil memberikan pendapatnay berhubung isu poligami membabitkan Abang Tesla.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, dia berkata, konten tersebut tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial walaupun Abang Tesla beranggapan ia adalah tindakan yang betul untuk para suami memberitahu cara yang betul kepada isteri pertama tentang ‘niat’ untuk berpoligami.

“Saya mewakili persatuan wanita-wanita dan isteri-isteri tersakiti terpanggil dengan kisah abang Tesla. Bila dicontentkan dirinya selesai solat dan kahwin isteri kedua 3 jam lepas tu, apa yang bermain dalam pemikirannya eh? 

” Kalau betul lah niatnya ‘aku nak tunjukde kat suami di luar sana aku melakukan act yang betul yakni memberitahu isteri pertamaku yang aku nak kawin lain berbanding suami-suami yang berpoligami dibelakang isteri pertama’. Well,  fikirannya sempit tersepit di situ,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Persoal Tak Hargai Isteri Pertama, Abang Tesla Dedah Punca Kahwin Dua

Ibarat habis madu sepah dibuang eh isteri pertama tu?

Tidak habis disitu, kenyataan Abang Tesla sebelum ini yang mengatakan ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ adalah tidak sesuai digunakan memandangkan ia diibaratkan sama seperti ‘habis madu sepah dibuang’.

Bahkan, mengaku ‘triggered’ dengan tindakan Abang Tesla, Dr Say berpendapat bahawa hadirnya isteri pertama dalam kehidupan influencer itu adalah berkat apa yang dimilikinya kini.

“Bila netizen korek video lamanya belanja first wife kereta Mini, travel sana sini, dating acap kali kemudiannya tiba-tiba berpoligami lagilah silap mencapap di situ.

“Manakala ayat “isteri pertama untuk dihargai & isteri kedua untuk dicintai” kalau dapat kat orang kampung nogori den direply mereka “apo pundeknya ayat ekau jang? Ibarat habis madu sepah dibuang isteri pertama tu eh?

“Tak pernah ke berfikir sejenak yang whatever you have now including Tesla tu berkat isteri pertama? Lepas tu mintak maaf dekat para suami sebab buat isteri-isteri triggered. Isteriku relax je, tapi daku yang triggered dengan ketidak bijaksanaanmu.

“Buat content berpada-pada lah. Kalau nak famous congratulations, memang satu Malaysia kenal dah cuma are you famous for the right reason?,” jelasnya.

Mengaku tak tolak poligami tapi…

Meskipun Dr Say tidak menolak poligami, namun dia menjelaskan apabila poligami dijadikan konten dengan harapan mahu menormalisasikan isu tersebut ia adalah sesuatu yang dianggap salah.

“Saya tak menolak poligami sebab Islam tidak melarang mahupun mewajibkan poligami. Cuma apabila poligami “dicontentkan” sebegitu rupa dengan harapan untuk menormalisasikan poligami, to me its clearly wrong.

“Benda boleh buat diam-diam kenapa nak kecoh-kecoh? Cukuplah family members, kenalan rapat, neighbourhood tahu, kenapa nak kecoh satu Malaysia?

“Walaupun saya tidak mengenalimu tapi dari short pengenalanku terhadapmu, kamu tewas dengan ‘kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya’. Next time, buat konten otak letak dekat kepala bukan dekat Tesla,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jun 2023
Trending Fri, 1 Nov 2019

GOT Fans, Are You Ready For The Next Throne? Game Of Throne’s Prequel ‘House Of Dragon’ Will Be Coming Soon On HBO

Game of Thrones fans, are you ready for this prequel to put you on tenterhooks?

Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022

Nama Instagram ‘missfazura’ Diguna Untuk ‘Giveaway’, Fazura Beri Amaran!

Jangan ada yang tertipu… Fazura dah bagi warning tu

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Terharu Menang Kali Kelima, Neelofa Janji Jumpa Peminat Tak Lama Lagi

Menang kali kelima dalam kategori Pengacara TV Popular, ini reaksi Neelofa. Walaupun tidak berada di Malaysia, pengacara jelita ini tidak menyangka sokongan peminat terhadapnya tetap ummphhh!

Featured Tue, 26 Jul 2022

Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

Azhar menganggap perkara yang berlaku sebagai ‘balasan’. Apapun semoga suatu hari nanti hati Leona akan terbuka

Trending Wed, 25 Jul 2018

怕新郎太紧张 新娘竟变成「老婆的哥哥」

结婚是一对新人生命当中最重要的事,因此大家都会尽量严肃对待,就是不希望出现任何的差错。可是当这位紧张万分的新郎转头准备迎接自己的美娇娘时,发现来的竟然是自己的大舅,这到底是怎么回事?

Featured Mon, 26 Sep 2022