Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2018 @ 6:05am

Dikecam Suara Tak Power? Janna Tak Ambil Hati

Biarpun sering menerima kecaman netizen tentang nyanyiannya, Janna Nick tidak pernah ambil hati malah menerimanya dengan hati terbuka.

Terbaharu, persembahan Janna di sebuah pentas anugerah menjadi bahan kritikan netizen namun ia tidak menjadi alasan buat dirinya untuk terus menyanyi.

“ Cakaplah…saya tidak akan jadikan itu alasan untuk terus berhenti menyanyi. Kritikan akan membuatkan saya terus bekerja keras menjadi terbaik,” katanya.

Tambah Janna, dia tidak sesekali akan membuat kenyataan ‘ Kalau Tak Suka Tak Perlu Dengar’ kerana ia dianggap sebagai bongkak.

“ Tidaklah sampai ke tahap itu. Saya mencari rezeki dalam bidang ini. Selagi lagu saya masih diterima, saya anggap itu rezeki dan ia menjana pendapatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal masuk studio untuk proses rakaman single terbaharu ciptaan Ippo Hafiz.

“ Insha Allah, selepas masalah tekak saya pulih, nantikan. Saya juga akan perbaiki mutu vokal dengan menghadiri kelas,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Janna yang bergelar duta Vivo bakal diterbangkan khas ke Rusia oleh jenama telefon pintar terbabit dan bakal menyambut Syawal di sana untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2018.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia. Mesti lagu ni lagi meletop kan?

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Wowwww! Kreatifnya Anju, ibu ibu boleh guna cara ni jugaaa. Min terhiburrr 🤣🤣🤣

Featured Wed, 18 Jun 2025
Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Impian Beli Rumah, Kereta Mewah Tercapai

Berkat kesungguhan dan doa dari ibu bapa, apa yang diimpikan akhirnya tercapai juga untuk membalas jasa orang tua

error: Content is protected !!