Konsert By: Maya Basir August 28, 2023 @ 6:23pm

Full House! Konsert Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO Meriah, Sebak Sehingga Tak Dapat Teruskan Nyanyian Gara-Gara…

Sempena penubuhan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang ke-25 tahun, sebuah konsert istimewa Lochestra: Alif Satar & The Locos With The MPO disambut dengan meriah pada Sabtu lalu.

Pada malam tersebut, Alif Satar & The Locos serta iringan Orkestra Filharmonik Malaysia yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose membawakan 15 buah lagu dalam interpretasi simfoni antaranya Cukup Indah, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Akhiri Penantianku dan Sesungguhnya Aku.

Di pertengahan konsert selepas 20 minit berehat, suasana kembali meriah dengan membawakan lagu-lagu daripada legenda terkenal tanah air iaitu Datuk Sheila Majid dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang berjudul Sinaran dan Getaran Jiwa.

Lebih menarik lagi, semasa persembahan lagu Sinaran, terdapat elemen kejutan daripada konduktor, Ahmad Muriz yang bermain alat muzik saxophone dan ‘battle’ bersama Faliq Auri selaku pemain saxophone The Locos menerima sorakan penuh penonton.

Ruangan tempat duduk yang hampir ‘full house’ dipenuhi dengan penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia malah ada juga penonton dari luar negara.

Selain itu, Alif turut mendedikasikan sebuah lagu buat isterinya, Sha Dila Halid serta isteri-isteri dan bakal isteri di kalangan penonton iaitu lagu yang berjudul Isteri.

Sebelum melabuhkan tirai, konsert ini diakhiri dengan lagu Anugerah Terindah dan nyanyian bersama daripada penonton membuatkan Alif sebak sehingga tidak dapat meneruskan nyanyian buat seketika.

Gabungan alunan muzik dan ‘showmanship’ di antara Alif Satar & The Locos dan Orkestra Filharmonik Malaysia yang terserlah membuatkan konsert pada malam itu lebih bermakna dan menghiburkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Sun, 12 Nov 2023

Puas! Peminat Tak Kisah Menanti Demi Tonton Persembahan ‘Terakhir’ Di KL, Konsert Noah Menemaniku Full House

Konsert Noah Menemaniku Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ternyata memberikan impak luar biasa khas buat peminat setianya di Malaysia. Dibanjiri lebih 6,000 penonton, sudah pasti peminat […]

Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Konsert Mon, 9 Oct 2023
Konsert Fri, 29 Sep 2023

Teruja Hiburkan Peminat, Khai Bahar Bakal Persembah ‘Sisi’ Lain Di DFP!

Korang tak sabar nak tengok Khai bawa genre apa nanti? 😍

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Featured Fri, 30 Dec 2022