Euforia Bola 2026
Drama By: Padin September 5, 2023 @ 12:44pm

Tonton Apa Hari Ni: ‘#PemburuRahsia’

Kes buli tidak boleh diambil ringan. Ia mampu memberi kesan negatif yang mendalam terhadap mangsanya.

Drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘#PemburuRahsia’ mengetengahkan kisah buli.

Siri ini menyusuri watak Damia, seorang pempengaruh yang terkenal. Selain mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, Damia juga merupakan pelajar contoh yang disenangi oleh pensyarahnya.

Namun, pada suatu hari, sewaktu dia membuat ‘Live’ di platform media sosialnya, Damia telah memaparkan aksi yang kelihatan seperti dia sedang kemurungan.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

Cerita Apa? ‘#PemburuRahsia’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Drama Tue, 3 Feb 2026
Drama Sat, 30 May 2026

Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

Jiwa Seorang Pentaksub bakal menemui penonton bermula 1 Jun 2026 di slot Samarinda TV3.

Drama Thu, 1 Jun 2023
Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Drama Tue, 19 Mar 2024
error: Content is protected !!