Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 1, 2023 @ 8:00pm

Buat Fashion Show Di Litar Antarabangsa Sepang, Ibu Menitis Air Mata Melihat Kejayaan Ashraf Anuar – “Moga Acara Ini Menjadi Penguat Semangat Untuk Ibu Sihat”

Siapa sangka di usia 23 tahun, pempengaruh dan pengasas jenama fesyen SVG Worldwide, Ashraf Anuar berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dapat mengadakan pertunjukan fesyen di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya, baru-baru ini.

Lebih istimewa, pertunjukan fesyen terakhir bagi jenama SVG Worldwide itu turut dihadiri oleh ibu tercintanya walaupun hadir dengan berkerusi roda kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tidak hanya itu, bapa Ashraf turut diundang untuk membuat kemunculan istimewa apabila memperagakan koleksi terbaharu Neonate x SVG bersama-sama dengan 80 model lain.

Ashraf menerusi satu luahan di Instagram peribadinya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu serta seluruh keluarga yang hadir memberi sokongan.

“Kesemua ahli keluarga saya juga hadir terutama ibu tercinta walaupun dalam keadaan kurang sihat. Beliau tetap gagahkan diri untuk hadir ke pertunjukan fesyen anaknya.

“Terima kasih kerana mendidik Ashraf Anuar sehingga ke hari ini ibu. Ini semua untuk ibu semoga acara ni juga menjadi penguat semangat untuk ibu sihat seperti sediakala,”tulisnya

Ketika acara pertunjukan fesyen itu berlangsung, Ashraf memperkenalkan ibunya di hadapan lebih 3,500 tetamu yang hadir.

Dalam suasana yang penuh hiba, ibu Ashraf gagal menahan air mata sebaik melihat kejayaan anaknya itu.

Malah Ashraf turut membawa ibunya yang berkerusi rosa mengelilingi ‘runway’ terpanjang yang dianggarkan 800 meter.

Suasana menjadi penuh gamat dengan sorakan peminat fesyen jenama itu yang kagum dengan kehebatan Ashraf selain dilihat sentiasa mengutamakan keluarga.

Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi rasa teruja apabila Neonate X SVG yang bertemakan ‘Race Day’ melakar sejarah baharu apabila menjadi jenama pertama yang berjaya membuat sebuah pertunjukan fesyen di SIC.

“Terima kasih buat yang hadir dari jauh, berpanas dari pagi hingga ke malam demi pertunjukan fesyen kami.

“Harap semuanya berpuas hati dengan apa yang kami tampilkan dan tidak lupa juga buat rakan penaja utama De’xandra, Vapeboss Malaysia kerana percaya dengan kemampuan kami,” katanya.

Untuk rekod video Ashraf yang memperkenalkan ibunya dalam majlis pertunjukan fesyen Neonate X SVG itu ditonton lebih 130,000 dan meraih lebih 600 komen.

Bertemakan ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG itu diadakan sehari sebelum jadual rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23).

Lebih 83 koleksi ‘Race Day’ diperagakan dengan pembabitan 80 model pilihan Neonate dan SVG. Separuh model yang membuat kemunculan di atas trek lumba dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan pada Jun lalu.

Seramai 10 Muse diperkenalkan pada acara ini seperti MK K-Clique, Saixse, Haneesya Hanee, Qawiy (TikTok) dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Acara Thu, 9 Aug 2018

Wow! Fasha Sandha Pernah Memenangi Pertandingan Kerana Giginya Cantik!

Tugasan Ikon Aurawhite itu turut digalas Fasha bersama Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Sun, 12 Feb 2023
Acara Tue, 31 Jan 2023
Acara Sun, 24 Nov 2019

Perkakasan memasak pintar Pasifica senangkan tugas di dapur

Memasak lebih mudah dengan The Forge dan The Vortex!

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

Acara Mon, 29 Oct 2018

Milik Siapakah Trofi Drama & Filem Terbaik Anugerah Skrin 2018?

Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung pada 2 November ini jam 9.00 malam.

Acara Fri, 28 Oct 2022

Pertama Kali Anjur Konsert, Nabila Huda Bawa Payung Teduh X Pusakata, Efek Rumah Kaca Bersenandung Di Zepp KL… Tiket Sold Out Dalam Masa 50 Minit!

Seperti pisang goreng panas. Begitulah gambaran sambutan terhadap konsert Senandung Malam yang bakal menghimpunkan persembahan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca kerana tiket telah terjual ‘licin’ selepas 50 minit dilancarkan. Dianjurkan oleh Neptunes […]

error: Content is protected !!