Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 4, 2023 @ 6:05pm

“Saya Perlukan Enam Bulan Untuk Sembuh Sepenuhnya” – Hun Haqeem

Pelakon Hun Haqeem terpaksa berehat selama enam bulan bagi memberi tumpuan kepada keadaan kakinya yang mengalami kecederaan ‘Anterior Cruciate Ligament’ (ACL), baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy berkata dia akan mula bekerja semula pada tahun 2024 kerana ingin sembuh sepenuhnya.

“Buat masa sekarang, mungkin sehingga 2024, saya akan perlahankan sedikit kerja-kerja lakonan sebab nak beri masa untuk kaki saya sembuh sepenuhnya.

“Kalau mengikut nasihat doktor, saya perlukan tempoh matang enam bulan untuk sembuh. 2024 saya akan mulakan semula kerja-kerja lakonan.

“Saya perlu sembuh sepenuhnya dahulu kerana kalau boleh, sekiranya ada tawaran-tawaran karya bergenre aksi lagi selepas ini, tentunya saya nak berikan yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Hun turut bersyukur masih mampu untuk berjalan biarpun kecederaan tersebut sedikit sebanyak buat dirinya sakit ketika berjalan.

“Sedikit sebanyak, ACL ini membuatkan saya rasa sakit ketika berjalan. Tapi, alhamdulillah sebab saya masih boleh berjalan.

“Saya percaya, sebagai manusia, kita kena rehat juga. Sama juga kalau orang-orang yang bekerja di pejabat dan sebagainya, tentunya perlukan masa untuk rehat supaya dapat berikan hasil kerja yang lebih berkualiti,” katanya.

Berkongsi lebih, aktor berusia 25 tahun ini mengalami kecederaan tersebut ketika menjayakan babak aksi dalam drama bersiri terbaharu lakonannya.

“Nak dijadikan cerita, ketika hari ke-40 penggambaran drama bersiri W: Two Worlds, kaki saya mengalami kecederaan ACL.

“Pada waktu itu, kami masih berbaki 23 hari lagi penggambaran dan itu menjadi satu ‘beban’ untuk saya. Tapi, nak buat macam mana sebab ia perkara yang berlaku di luar kawalan.

“Saya pergi melakukan pemeriksaan dan masih boleh teruskan penggambaran memandangkan saya masih ada komitmen. Mujurlah, ia tak jadi semakin teruk,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal. Ini baru dinamakan, kalau dah jodoh, tak kemana pakcik…

Trending Fri, 13 Dec 2019

Peguam Dengan Doktor Bergaduh ,12 Maut

12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan

LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

4 Tips Mengenali Lelaki Panas Baran

Panas baran perlu dikawal agar tidak menjadi keterlaluan. Harap dengan perkongsian 5 tips ini dapat membantu untuk mengenal lelaki panas baran

Featured Tue, 28 Oct 2025
Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Intan Najuwa Dicemuh Kerana Tak Reti Isi Minyak Kereta?

Alamak, betul ke ni? Dia bergurau je kot…

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

“HATI-HATI ”- INI KOMEN FAZURA MENGENAI  FATTAH AMIN

“Sampai jodoh, sampai waktu sesuai kami akan maklumkan juga,”

error: Content is protected !!