Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 5, 2023 @ 2:58pm

Pernah Ditolak Ajakan Bergambar, Hairul Azreen Dedah Pelakon Popular Cuba Berbaik-Baik Selepas…

Pelakon Hairul Azreen tidak dapat melupakan peristiwa dimana dia pernah ditolak seorang pelakon lelaki popular semasa mahu bergambar pada satu ketika dulu.

Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut berlaku sebelum dia bergelar pelakon dan sangat meminati pelakon itu namun Hairul enggan mendedahkan siapa.

Menurutnya, kejadian itu membuatkan hatinya hancur kerana pelakon itu dianggap sebagai idolanya.

“Ada satu kejadian yang saya ingat sampai hari ini. Ada satu artis ini, masa itu saya pakai ‘handphone’ 6600. Saya cakap ‘bang nak ambil gambar’.

“Dia panggil, duduk sebelah dia. Lepas itu, tahu tak handphone itu kalau ambil gambar kena tunggu tiga saat baru dia klik.

“Orang yang ambil gambar ini pun boleh tahan juga. Dia ambil, dia tekan, dia letak tepi. Jadi gambar itu macam kabur dan blur,” jelasnya.

Kemudian, dia meminta untuk bergambar sekali lagi namun terkejut pelakon lelaki itu tidak mahu dan menolak tubuhnya ke tepi.

“Dia tolak saya, dan hati saya yang minat dia macam ‘kau la idola aku’ hancur. Perasaan saya masa itu, ‘kalau aku jadi artis, siapa nak ambil gambar dengan aku, aku takkan tolak sebab kau’,” katanya.

Kata Hairul lagi, selepas dia bergelar pelakon popular, pelakon berkenaan cuba berbaik-baik dengannya.

Sementara itu, bapa kepada dua anak ini turut berkongsi pengalamannya bekerja sebagai jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum menjadi pelakon.

Dalam pada itu, dia sering terserempak dengan artis popular seperti Apek Senario dan Datuk Afdlin Shauki dikelilingi peminat dan sejak itu dia mula berazam mahu menjadi selebriti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
Events Wed, 30 Apr 2025

Stacy Bakal Gegarkan Sabah Dengan Konsert Solo Mega ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’

Stacy kembali ke negeri kelahirannya untuk menjayakan konsert solo berskala mega

Trending Mon, 27 Jul 2020

Hanya 20 Orang Dibenarkan Untuk Ibadah Sembelih Korban

Buat mereka yang bakal menjalani aktiviti ibadah korban minggu depan..

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Habis pertunangan atau perkahwinan siapakah yang diadakan tu?

error: Content is protected !!