Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2023 @ 6:54pm

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Legenda, penyanyi Datuk M Nasir bakal mengadakan konsert buat julung kalinya pada 18 November ini bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dianjurkan oleh MND SPORT & EVENT SDN BHD.

Istimewanya pada kali ini konsert Gendang Pati Datuk M Nasir akan menjanjikan persembahan yang spektakular atau luar biasa bersama pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang bintang ternama ini.

“Saya perlu bersyukur kerana meski sudah melakukan banyak persembahan pentasm masih seorang M. Nasir sentiasa ingin disapa, ditonton dan diminta mendendangkan karya yang ada secara langsung. 

“Ini bukan tentang saya seorang tapi indikasi sihat industri muzik dan perkembangannya yang

sentiasa positif. Yang pastinya, malam itu nanti akan dipenuhi dengan bunyi-bunyian gendang yang pasti membuatkan semua berdendang bergoyang.

“Saya harap Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur akan menjadi sebuah lagi persembahan saya di tahun ini yang mampu membantu mengisi kecanduan semua terhadap karya saya,” ujar M.Nasir.

Selain mempersembahkan M Nasir, pesta muzik ini akan diterbitkan oleh Roman Abadi Sdn Bhd yang pastinya memperkuatkan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur bakal mempersembahkan sebuah konsert yang menusuk jiwa dan meninggalkan momen istimewa pada malam itu nanti.

Untuk menyaksikan Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori harga boleh didapati di laman web MyTicket.Asia.

Tiket-tiket berharga RM228 (Bronze), RM258 (Silver), RM388 (Gold), RM428 (Platinum), RM488 (Diamond) dan RM888 (Meet & Greet).

M Nasir

Artikel Berkaitan: Pencipta Video Dapat Buat M Nasir Cakap Banyak Curi Perhatian Netizen – “Falsafah Buat Saya Macam Ni…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 6 Sep 2025
Featured Thu, 26 Jan 2023

15 Tahun Dalam Industri, Stacy Bakal Hiburkan Peminat Di DFP

Wow! Stacy bakal muncul di DFP tak lama lagi…

Featured Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Sun, 12 Apr 2026

Tunai Hajat Peminat, Siti Nurhaliza Hidupkan Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Dalam Suasana Meriah, Syahdu & Penuh Nostalgia

Kemeriahan Aidilfitri jelas terasa apabila ribuan peminat membanjiri Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Song Joong Ki Tinggalkan Agensinya Selepas 7 Tahun

Semoga Joong Ki pilih agensi yang tepat untuk kariernya.

Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Tiada Lagi Konsert Afgan Di KL?

Omg…betul ke ni?

Trending Mon, 11 Jan 2021
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
error: Content is protected !!