Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 10, 2023 @ 3:35pm

Tampil Mohon Maaf, Norman Hakim Bakal Selesaikan Isu Anak Didakwa Penyondol Secara Tertutup – “Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka”

Pelakon sensasi, Norman Hakim mengambil iktibar atas ujian yang menimpa keluarga berkaitan puterinya bersama Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa ‘menyondol’ suami orang.

Menerusi hantaran di Instagram, Norman berkongsi sebuah video ketika berada di hospital kerana ahli keluarganya ditimpa ujian apabila masing-masing dijangkiti Influenza A.

Sementara itu di ruangan kapsyen, Norman berkata pihaknya akan menyelesaikan ‘ujian’ terbabit secara tertutup.

“Terima kasih jugak kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku,” tulisnya.

Norman Hakim

Malah, Norman turut berkata dia membaca segala cacian dan makian yang dilemparkan netizen terhadapnya semenjak isu anaknya itu mula tular.

Norman juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf mewakili pihak keluarga sekiranya ada menyinggung mana-mana pihak.

“Saya happy baca comments semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan & khilaf kami.

“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk kembali ke jalanNya. Segala kelemahan datang dari kami & segalanya yang baik hanya dariNya,” ujarnya.

Sebelum ini, heboh di platform media sosial berkenaan anak Abby dan Norman yang didakwa menggangu rumah tangga individu bernama Misya sehingga bercerai.

Misya turut mendedahkan resit tempahan hotel dibawah e-mel Marissa bersama Aslam, lelaki yang didekatinya itu.

Susulan itu, Marissa tampil memberi kenyataan dan mengaku bersalah terhadap segala isu yang dilemparkan kepadanya, namun menegaskan tidak semua cerita ditularkan itu benar.

Marissa berkata dia tidak menyambut penceraian antara Misya dan Aslam seperti didakwa bekas isteri lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi ‘Terkejar’ Nak Balik Ke Pangkuan – “Aslam Tak Kuat Lawan…”

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Dec 2020

Bantuan Sebanyak RM1,000 Ringankan Beban Golongan Sasaran

Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Featured Fri, 25 Nov 2022

Isu Adegan Cium Elizabeth Tan, Jay Iswazir Tampil Buka Mulut

Dah lama berdiam, akhirnya Jay buka mulut

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Camila Cabello Puts a Light to the Shades About Her Body

Camila Cabello took to her Instagram to address the hates she’s been getting about her body image!

Events Thu, 21 Mar 2019

Cuti Sekolah Bermula! Jom Kunjungi Karnival Ejen Ali Di Sunway Velocity Mall

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita serbu Sunway Velocity Mall!

Trending Fri, 29 Oct 2021

Beraksi Di AJL? Iman Troye Rasa Belum Layak!

Penyanyi muda yang sedang mencipta nama, Iman Troye merasakan dirinya masih tidak layak untuk bertanding di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Biarpun lagu nyanyian Iman berjaya mencuri hati ramai dan mendapat respons positif, […]

Featured Tue, 23 Aug 2022

[VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

Allahuakbar, kesiannya Ustaz Kazim 😣 Katanya tak dibenarkan dedah penyakit misteri kepada umum, kena diam sahaja. Apa tu, risaunyaaaa 😣

error: Content is protected !!