Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 11, 2023 @ 3:10pm

Daiyan Trisha Serah Soal Jodoh Pada Tuhan – “Saya Lebih Rela Solo”

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil menyatakan kini dia lebih selesa untuk menyerahkan segala perkara yang berkaitan dengan jodoh kepada ketentuan Sang Pencipta.

Akur sering gagal dalam perhubungan, Daiyan bagaimana pun menyatakan dirinya lebih rela hidup bersendiria dari bertemu dengan lelaki yang salah.

“Saya lebih rela solo daripada rapat dengan orang yang salah kerana sebelum ini pun saya sudah banyak kali gagal dalam bercinta, buang masa sahaja.

“Biarlah, soal jodoh saya serahkan 100 peratus kepada Tuhan, sesungguhnya hanya Dia tahu yang terbaik untuk saya.

“Saya percaya yang terbaik buat saya akan datang indah pada waktu tepat kelak, tidak perlu terburu-buru,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, pelantun lagu Langit itu mahu fokus dengan kehidupannya dan kerjanya berbanding memikirkan perkara yang tidak penting.

“Saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, meskipun sendiri, saya gembira dengan kerjaya.

“Lelaki selalu ingat saya ‘high maintenance’ padahal saya biasa sahaja, tidak mengapalah, saya percaya perancangan Allah dan saya ikut sahaja apa yang Dia telah aturkan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022
Hiburan Mon, 13 Oct 2025

“Amira Othman Isteri Syurga, Sentiasa Minta Izin & Tanya Pendapat Saya” – Fattah Amin

Amira Othman selalu minta izin, Fattah Amin sifatkan isteri syurga

Featured Sun, 6 Mar 2022
Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Hiburan Tue, 19 May 2026

Single ‘Berdiri’ Bawa Kisah Kekuatan, Athierah Tampil Dengan Buah Tangan Pertama

Penyanyi baharu Athierah kini tampil mempertaruhkan single sulung berjudul Berdiri.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

error: Content is protected !!