Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 14, 2023 @ 1:01pm

Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

Pelakon jelita Fasha Sandha memuat naik video mesra bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut, Fasha dan Aidil dilihat memaparkan aksi romantik di dalam sebuah kolam beserta kapsyen manis.

“My forever love 🩷,” tulisnya ringkas.

Namun begitu, pada penghujung video dan bahagian kapsyen tersebut Fasha meletakkan satu tarikh seperti memberi bayangan akan mengeluarkan produk.

Untuk rekod, Fasha mendirinya rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat aktres berbakat itu.

Hasil perkahwinannya dengan Aidil, mereka dikurniakan Aisha Amaira yang dilahirkan pada 7 Ogos 2020.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Jun 2026

“Ini Perkara Di Luar Jangkaan” – Syed Saddiq Akur Penangguhan Keputusan Pembebasannya

Syed Saddiq menyifatkan penangguhan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!

error: Content is protected !!