Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 16, 2023 @ 2:11pm

Followers Instagram Naik 25,000! Video Mesra Dalam Kolam Kena Kecam, Fasha Sandha Hanya Mahu Tunjuk Kebahagiaan Suami Isteri

Jumlah pengikut Instagram milik aktres cantik berbakat, Fasha Sandha meningkat lebih 25,000 selepas video mesra dalam kolam bersama suami, pelakon Aidil Aziz viral.

Biarpun dikecam hebat gara-gara memuat naik aksi berkenaan, Fasha mendedahkan video terbabit meraih hampir sejuta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – “My Forever Love”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hanya Menjalankan Tugas & Komitmen” – Fasha Sandha Tampil Respons Video Mesra Dalam Kolam Bersama Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Mesra Fasha Sandha & Aidil Aziz Jadi Perhatian, Netizen Luah Rasa Kurang Senang! – “Seram Lah Content Macam Ni”

“Saya menyedari perkara itu selepas membuat semakan di Instagram. Sejujurnya, saya menghargai pengikut atau peminat yang masih setia bersama saya biarpun video yang saya muat naik dikritik.

“Pengikut Instagram saya naik 25,000 selepas video itu tular. Biarpun ada yang cakap nak unfollow, tapi pelik sebab yang mengikuti saya lebih ramai.

“Mungkin ada yang suka dengan konsep pemasaran seperti itu sebab lebih ‘real’ dan berbeza berbanding konsep biasa yang digunakan. Alhamdulilah, saya masih dipercayai oleh jenama dan diberi ruang,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis pelancaran produk jamu terbaharu daripada Inayah Beauty iaitu Beunita di Forest Valley, Cheras sebentar tadi.

Menjelaskan klip video mesra yang dimuat naik merupakan komitmen sebagai duta bagi jenama produk kecantikan terbabit, Fasha tidak meletakkan kesalahan kepada netizen yang mengecam.

“Apabila saya diberi tanggungjawab, itu menjadi sebahagian komitmen saya untuk mempromosikan. Kalau ada sesetengah pihak yang merasakan ia sensitif, saya tak boleh buat apa-apa.

“Saya tak meletakkan kesalahan kepada mereka yang mengecam dan meninggalkan komen negatif. Ada yang tak suka, ada juga yang boleh terima. Video itu sebenarnya untuk menjadi inspirasi kepada mereka yang sudah berkahwin.

“Kami keluarkan video itu untuk muat naik yang penuh pada hari ini. Tapi, apa sahaja pandangan kami akan terima. Kami mahu tunjukkan kebahagiaan suami isteri.

“Bukannya mahu menunjuk-nunjuk, tapi ini menjadi momen kasih sayang untuk diingati anak-anak pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, memohon maaf jika video itu menimbulkan sebarang rasa kurang senang.
 
“Kami memohon maaf jika video terbabit mendatangkan rasa kurang senang. Pihak kami melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya. Itu perkara yang sangat baik kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
 
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami yang merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Kami memilih Fasha kerana dia adalah seorang selebriti yang sangat komited,” katanya.

Pelancaran Beunita berkonsepkan Puteri Perak membawa maksud produk ini menggunakan resepi asli jamu tiga orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Alamak…. dahlah dompet tu hadiah hantaran nikah! Lepas ni jangan lalai yerr..

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Mon, 17 Jun 2024
Featured Thu, 15 Sep 2022

[VIDEO] “Kalau Mahu Pertikai Kemenangan Saya, Ambillah Piala Itu” – Alyah

Ini adalah rezeki Allah SWT. Malu kita sebagai orang yang duduk dalam kategori nasyid itu untuk tidak percaya perkara tersebut – Datin Alyah

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Janna Nick Dakwa Aktres ‘Scammer’ Pernah Mesej Minta Pinjam Duit, Terkejut Suami Angkat Telefon – “Saya Tak Rasa Nombor Itu Dia Pegang”

Janna mengakui berasa tidak sedap hati dan berharap ada pihak dapat memastikan keadaan sebenar rakannya itu.

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Featured Fri, 13 Sep 2024
error: Content is protected !!