Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 18, 2023 @ 11:55am

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil mengesahkan dia dan isteri yang juga aktres Diana Danielle telah kembali rujuk pada penghujung Ogos lalu.

Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, bersyukur perkahwinannya itu berjaya diselamatkan dan kembali terjalin selepas berdepan pelbagai ujian.

“Alhamdulillah, perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Sejarah itu telah mematangkan kami berdua.

“Kami kembali rujuk pada 31 Ogos 2023,” kongsi Farid kepada program hiburan popular TV3, Melodi.

Berkongsi lebih, Farid tidak menyangka pertemuan dengan Diana lalu membawa mereka untuk kembali bersama sekali gus menerbitkan semula rasa cinta dan kasih sayang.

“Sebenarnya tarikh tersebut tidak dirancang. Ia bermula dengan Diana mempelawa untuk bersarapan bersama. Saya tak sangka ia keluar dari mulut Diana.

“Saya ambil peluang itu untuk luahkan apa yang yang saya rasa dan kami juga tak menyangka pertemuan itu akhirnya menyemarakkan lagi perasaan dan bibit cinta, kasih sayang dan apresiasi yang selama ini kami cari.

“Setelah lebih kurang lima bulan tak dapat bertentang mata dengan Diana. Bermula dari Mac hingga 31 Ogos, saya dan Diana tak berhenti berdoa menyerah harapan kami kepada Allah untuk beri petunjuk.

“Saya menyerah diri saya kepada Allah dan Dia memberi kembali rasa sayang kepada kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Remp-it 2 ini menyatakan agama adalah penguat dirinya untuk mengambil keputusan yang menggembirakan semua itu.

“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami mampu bimbing isteri saya dan harus kuat ilmu agama supaya dia dapat bimbing anak-anak dan perkahwinan itu kembali kukuh dan kebahagiaan akan muncul.

“Bila berlaku perceraian, sudah tentu kami mengambil masa untuk muhasabah diri dan menilai balik perkahwinan kami,“ katanya.

Tanpa meminggirkan perasaan anak-anak untuk kembali mempertahankan rumah tangga yang dibina, Farid berkata itu adalah hadiah yang terbaik buat anak-anaknya untuk mereka terus hidup sebagai sebuah keluarga.

“Saya tak pernah terfikir untuk kembali bersama. Hadiah terbaik untuk anak-anak adalah melihat kedua ibu bapa bahagia hidup bersama. Itulah yang kami perjuangkan selama ini.

“Pertemuan tersebut membuahkan rasa selama ini hilang kerana pekerjaan, kehidupan, duniawi di mana kita berkahwin kerana Allah.

“Kami berjaya mencari titik noktah dan pendamaian sebetulnya kami tidak pernah menyangka rasa itu ditimbulkan kembali. Susah saya nak gambarkan dengan kata-kata,” katanya lagi.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga akui turut terbit rasa bersalah dalam diri apabila melalui fasa paling sukar itu namun bersyukur doa anak-anak tidak pernah putus.

“Biarpun soal jodoh sudah ditentukan namun anak-anak saya tidak henti berdoa satu hari nanti ibu bapa mereka akan kembali.

“Terutamanya Muhammad, doa yang dia minta seperti doa yang terhijab buat kami berdua. Mereka masih kecil, tak mustahil doa yang dipanjatkan itu telah dimakbulkan dalam masa terdekat.

“Perceraian selama 21 hari itu sangat menerbitkan rasa bersalah terhadap diri dan danak-anak. Bila saya Tanya Muhammad ‘mahukah lihat saya dan Diana kembali’, dia beri jawapan ‘mereka tak pernah merasakan kami terpisah’,” kongsinya.

Farid turut akui untuk melafazkan kata cerai itu sangat berat bagi dirinya dan merasakan ia umpama mimpi ngeri.

“Saya akui doa anak-anak, ibu bapa, mertua, dan orang ramai membantu pendamaian dan proses merujuk.

“Sebetulnya, melafazkan cerai itu bukanlah satu hal yang mudah, kesanggupan saya melafazkan itu tidak ada tapi disebabkan keadaan yang sangat menekan dan tidak tentu arah buat saya ibarat mimpi ngeri.

“Terima kasih kepada semua yang tak pernah putus harapan mendoakan. Alhamdulillah kami kembali bersama,” tutupnya.

Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Rujuk Semula – “Kami Akan Ke Mahkamah Secepat Mungkin”

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Syukur Doa Anak-Anak Agar Tetap Satu Keluarga Termakbul – “Saya Terharu…Rasa Sikit Lega”

ARTIKEL BERKAITAN: Berpisah Ogos Lalu, Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Rujuk Semula? – “Kami Akan Buat Keputusan Soon”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

“Hari Ini Berakhirnya Idah Saya…” – 13 Tahun Bersama, Sharifah Aleya Umum Sah Bercerai

Sharifah Aleya tidak memperincikan punca perpisahan mereka dan memilih untuk tidak membuka ruang kepada spekulasi.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

Trending Fri, 31 Aug 2018

12星座在《延禧攻略》能活到第几集?

电视剧《延禧攻略》虽然大结局不过堪称宫斗经典,领盒饭匆匆下线的妃子也不在少数,那么12星座在其中又能活到第几集呢?

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Rakam Semula Lagu Popular SLAM, Zamani Bakal Duet Dengan Penyanyi BBNU

Semua masih dalam perancangan. Antara penyanyi meningkat naik yang disebutkan adalah Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

error: Content is protected !!