Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 18, 2023 @ 11:58am

Pakai Topi Ketika Bercuti Di Thailand, Peminat Terkejut Lihat Penampilan Nelydia Senrose

Pelakon jelita Nelydia Senrose tampil mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen selepas melihat penampilannya yang tidak mengenakan hijab ketika bercuti di Thailand.

Percutian tersebut turut disertai oleh adik-beradik dan sepupunya seperti, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, Aprena Manrose, Oktovia Manrose, Nadiyah Shahab dan Fatin Azzaniz.

Menerusi perkongsian di Instagram, sepupunya, Aprena Manrose telah memuat naik video ‘vacation vibe check’ yang memaparkan keperibadian sepupu dan rakan rapatnya ketika bercuti di sana.

Menerusi video tersebut, Nelydia dilihat seolah-olah tidak mengenakan sebarang hijab meskipun menutup kepalanya dengan topi yang besar.

Terkejut melihat penampilan pelakon itu ketika bercuti, ruangan komen perkongsian tersebut telah dihujani dengan kecaman dan sindiran selepas melihatnya tidak bertudung.

Namun, ada juga yang tampil membela Nelydia kerana dia tidak pernah menyatakan dirinya sudah bertudung sepenuhnya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Khilaf Sendiri, Nelydia Senrose Mohon Doa Kekal Istiqamah – “Kalau Orang Lain Kecewa, Saya Lebih Kecewa”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nelydia Senrose Dilihat Kembali Free Hair?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Belajar…” – Nelydia Senrose Tak Mahu Berhijrah Secara Drastik 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

“Saya Nak Stabil Sebelum Nikah” – Hasrat Kahwin Umur 30 Tahun Tak Kesampaian, Syahir Shafein Fokus Kerjaya

Syahir Shafein terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin pada usia 30 tahun dan akur jodohnya masih belum tiba.

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Azmi Saat Pertaruh ‘SATU’, Buka Lembaran Baharu Sebagai Penyanyi Solo

Bakal dilancarkan pada Februari ini, SATU merupakan hasil ciptaan komposer dan penyanyi terkenal, Naqiu

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
error: Content is protected !!