Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain October 3, 2023 @ 5:15pm

Sebak Tahu Bapa Jatuh Sakit, Rintihan Sajat Buat Ramai Tersentuh – “Kau Orang Senanglah Cakap, Tapi Yang Lalui Saya”

Usahawan dan pempengaruh Sajat Kamaruzzaman tampil meluahkan rasa sebaknya selepas mengetahui bapanya jatuh sakit dek kerana kesan sampingan vaksin.

Sajat berkongsi perkara itu kepada peminatnya ketika live sambil membuat kuih onde-onde, baru-baru ini.

Dalam video yang tular itu, Sajat turut bertanya kepada peminatnya sama ada ahli keluarga mereka pernah melalui perkara yang sama atau tidak selepas menerima vaksin.

“Kau orang ada tak macam keluarga kau orang tu kan, lepas cucuk vaccine tu sakit? Sebelum ni tak ada macam tu, dia (ayah) terus sakit. Tu dia cakap dengan saya, dia tengok video saya, dia nangis tengok saya.

“Bila saya buat onde-onde, ni kuih favourite dia. Saya sebenarnya, sekarang ni buat kerja apa yang boleh buat saya buat je kerja, faham tak? Saya buat je.

“Saya kan tak ada pengalaman kerja kat Australia. Saya hanya belajar sahaja. Sampai orang kata saya macam-macam. Yang penting, saya tahu niat saya tu apa saya buat. Kau orang senanglah cakap, tapi yang lalui saya,” katanya.

Menurut Sajat, bapanya kini tidak boleh berjalan seperti orang lumpuh selepas mengambil suntikan booster sebelum ini.

Lebih menyentuh hati, Sajat menyatakan dia baru sahaja mendapat berita itu sebelum membuat live tersebut kerana ibu bapanya enggan membuatnya susah hati.

“Mak bapa kita cakap macam sakit dia tu bukan disebabkan dia. Sakit dia tu disebabkan dia dapat booster. Dua kali tu terus dia jatuh sakit. Dia terus tak boleh jalan. Dia macam lumpuh.

“Selama ni dia orang tak cerita kat saya. Saya tanya dia kenapa rupanya ayah saya tak boleh jalan dah lepas cucuk Pfizer tu. Kau orang ada tak benda yang macam ni berlaku? Maknanya lepas cucuk tu bagi orang tualah jadi sakit?

“Saya baru tahu tadi sebab bapa saya tu mak saya kena heret dia untuk mandi. Mereka tak nak cerita kat saya,” jelasnya.

Sementara itu, Sajat juga sempat meminta orang ramai memaklumkannya sekiranya ada kerusi roda yang ingin dijual kerana dia ingin belikan untuk kedua ibu bapanya.

“Kalau ada yang nak jual wheelchair ke senang sebab hari tu pun dia sakit sampai pakai pampers tapi mak tak cerita kat saya. Dia taknak saya sedih dia tahu saya tengah susah.

“Tapi kalau ada bagitahu sebab mereka kata sekarang ni benda-benda macam tu semua dah mahal. Tapi saya usahalah untuk cari duit.

“Dapat belikan benda tu untuk mereka. Nak cari duit pun kau orang nak kecam saya. Kau orang tak tahu betapa saya strugglenya sekarang.

@jen.rjane “Korang senang nak cakap, tapi yg lalui..Sajat” 🥺🥺 Don’t jugde a person until you walked in their shoes. #nursajat237 #nursajat23 #nursajat #sajat #sajatvideo #sajatedit #sajatlive #fypシ #foryoupage @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 ♬ Ghibli system. A sad and beautiful ballad(87172) – 朝木春美千

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Netizen memang terpaling kreatif tau! Apa kata Madammu?

Featured Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Ozlynn Tegur Netizen, Jangan Banding Ibu Bersalin Normal Atau Czer – “Semua Sakit & Ada Perjuangan Sendiri”

Menurut Ozlynn, dia kurang senang apabila ada segelintir pihak yang cuba menentukan kaedah kelahiran mana lebih sukar kerana setiap ibu mempunyai ujian yang berbeza.

Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥

error: Content is protected !!